Camp Rock

Camp Rock ialah sebuah rancangan Disney Channel Original Movie (DCOM) yang dikeluarkan pada tahun 2008. Muziknya digubah oleh Julie Brown, Paul Brown, Regina Hicks dan Karen Gist. Filem ini pula diarah oleh Matthew Diamond dan diterbit oleh Alan Sacks, serta dibintangi kumpulan muzik Jonas Brothers dan memperkenalkan Demi Lovato yang memegang watak utama buat julung kali dalam filem. Filem ini mencatat purata 8.9 juta penonton pada malam tayangan perdananya, menjadikannya DCOM kedua paling ramai penontonnya mengekori High School Musical 2.[1]

Camp Rock
Extended Rock Star Edition DVD cover
PengarahMatthew Diamond
PenulisJulie Brown
Paul Brown
Karin Gist
Regina Hicks
Dihasilkan olehKevin Lafferty
Alan Sacks
DibintangiDemi Lovato
Joe Jonas
Kevin Jonas
Nick Jonas
Meaghan Jette Martin
Maria Canals Barrera
Alyson Stoner
Anna Maria Perez de Tagle
SinematografiDean Cundey
Disunting olehGirish Bhargava
Muzik olehMatthew Gerrard
Robbie Nevil
Jamie Houston
Adam Watts
Andy Dodd
Antonia Armato
Tim James
Diedarkan olehDisney Channel
Tarikh tayangan
20 Jun 2008
Masa tayangan
94 min.
Negara Amerika Syarikat
BahasaBahasa Inggeris
Bajet$15,000,000

Camp Rock menemui penonton Malaysia di Disney Channel Malaysia pada 7 September 2008 dalam bentuk siaran dwibahasa Bahasa Inggeris / Bahasa Malaysia.

Watak

Mitchie Torres (Demi Lovato)
Protagonis wanita utama filem Camp Rock yang hendak menjadi penyanyi profesional dan cuba menyorokkan rahsia dapurnya dari "kawan-kawannya" Tess, Peggy, and Ella, serta juga Caitlyn. Ibu bapanya tidaklah berada sangat jadi si ibu bekerja sebagai tukang masak khemah agar anaknya boleh pergi berkhemah. Di perkhemahanlah dia bertemu Caitlyn. Mitchie mula meluangkan masa bersama Shane lalu mendapati Shane ada hati terhadapnya tetapi tidak mengata apa-apa pun. Mitchie suka menyikat rambutnya banyak kali.
Shane Gray (Joe Jonas)
Protagonis lelaki utama Camp Rock dan penyanyi utama kumpulan muzik Connect Three; dua ahli lain termasuk Nate (Nick Jonas) dan Jason (Kevin Jonas). Pada awal filem, dia kelihatan panas baran, sukar dikawal dan angkuh. Nate dan Jason menggesa Shane agar kembali ke Camp Rock, di mana dia mula mencintai muzik. Lama-kelamaan, Shane terdengar nyanyian seorang gadis yang mengingatkannya pada muzik yang pernah mencetuskan inspirasi padanya, lalu hendak mencari gadis di sebalik suara berbakat itu. Di pertengahan filem, Shane jatuh hati pada Mitchie.
Tess Tyler (Meaghan Jette Martin)
Antagonis utama filem ini, yang menghadiri Camp Rock kerana beria-ia menjadi bintang pop. Sungguhpun dikenali ramai namun sikapnya terhadap orang lain dingin, terutamanya Mitchie, sehingga sengaja menyalahkan Mitchie kerana mencuri azimatnya agar dia boleh dilarang menyertai semua kegiatan khemah. Namun, perangainya difahami ramai kerana ibunya tidak pernah memberi perhatian kepadanya sewaktu kecil.
Caitlyn Gellar (Alyson Stoner)
Satu-satunya kawan sejati Mitchie di Camp Rock, dan satu-satunya gadis yang melayan Mitchie dengan baik. Gadis yang bercita-cita menjadi penerbit muzik ini selalu membawa komputer riba ke mana jua. Dia juga bermusuhan dengan Tess yang diakuinya pernah berkawan. Caitlyn gemar bermain piano dan biola.

Pelakon suara

Versi alih suara bahasa Malaysia Camp Rock disiarkan di Disney Channel Malaysia (saluran Astro 615) di samping versi bahasa Inggeris mulai tayangan perdana pada 7 September 2008. Seperti yang dilakukan terhadap High School Musical dan juga susulannya pada tahun 2007, bintang-bintang Akademi Fantasia diundang untuk meminjamkan suara mereka kepada watak-watak utama Camp Rock.[2]

WatakPelakon suara
Inggeris Malaysia
Mitchie TorresDemi LovatoAmylea Azizan
Shane GrayJoe JonasMohammad Idris Mohd Zazizi
Theresa "Tess" TylerMeaghan Jette MartinFarah Diana Anuar
Caitlyn GellarAlyson Stoner
Ella PadorAnna Maria Perez de Taglé
Margaret "Peggy" DupreeJasmine Richards
Connie TorresMaria Canals Barrera
Barron JamesJordan Francis
Sander LoyerRoshon Fegan
Lola ScottAaryn Doyle
Brown CessarioDaniel Fathers
Nathaniel "Nate" GrayNick JonasMohd Shawal Ruslan
Jason GrayKevin JonasAdifashla Juraimi

Lagu tema Camp Rock versi Malaysia, bertajuk SiapaKu, dinyanyikan oleh Suki Low juara musim pertama One in a Million.[3]

Keluaran seluruh dunia

Negara / RantauSaluranTayangan PerdanaBahasa
 Amerika SyarikatDisney Channel on Demand
Disney Channel
ABC
ABC Family
17 Jun 2008 (Disney Channel on Demand)
20 Jun 2008 (Disney Channel)
21 Jun 2008 (ABC)
22 Jun 2008 (ABC Family)
Inggeris
 KanadaFamily On Demand
Family
VRAK.TV
17 Jun 2008 (Family on Demand)
20 Jun 2008 (Family, VRAK.TV)
Inggeris
Perancis
BrazilDisney Channel Brazil6 Julai 2008Portugis Brazil
 Colombia
 Mexico
 Venezuela
Disney Channel Mexico
Disney Channel Amerika Latin Utara

Disney Channel Play
Jetix Amerika Latin
6 Julai 2008 (Disney Channel)
11 Julai 2008 (Disney Channel Play)
12 Julai 2008 (Jetix)
Sepanyol Mexico
 JepunDisney Channel Jepun1 Ogos 2008Jepun
 Argentina
 Bolivia
Chile
Paraguay
 Peru
 Uruguay
Disney Channel Amerika Latin Pasifik
Disney Channel Amerika Latin Selatan

Disney Channel Play
Jetix Amerika Latin
3 Ogos 2008 (Disney Channel)
8 Ogos 2008 (Disney Channel Play)
10 Ogos 2008 (Jetix)
Sepanyol Mexico
 Brunei
 Malaysia
Disney Channel Malaysia7 September 2008Malaysia
Inggeris
 Hong Kong
 Indonesia
 Kemboja
Korea Selatan
 Laos
 Myanmar
 Thailand
 Vietnam
Disney Channel AsiaInggeris
 SingapuraDisney Channel Singapura
 TaiwanDisney Channel Taiwan
 FilipinaDisney Channel Filipina
23 Studio
ABS-CBN Channel 2
7 September 2009 (Disney Channel)
17 Mei 2009 (23 Studio, ABS-CBN Channel 2)
Inggeris
 PortugalDisney Channel Portugal16 September 2008Portugal
 Austria
 Jerman
Disney Channel Jerman
ProSieben
ORF 1
19 September 2008 (Jerman)
20 September 2008 (ProSieben, ORF 1)
Jerman
 Republik Ireland
 United Kingdom
Disney Channel United Kingdom dan Ireland
BBC One
19 September 2008 (Disney Channel)
17 April 2009 (BBC One)
Inggeris
 SepanyolDisney Channel Sepanyol20 September 2008Sepanyol
 PerancisDisney Channel Perancis23 September 2008Perancis
 Australia
 New Zealand
Disney Channel Australia
Movie One
Channel 7
26 September 2008 (Disney Channel)
27 September 2008 (Movie One)
29 September 2008 (Channel 7)
Inggeris
 ItaliDisney Channel Itali27 September 2008Itali
 PolandJetix Poland
Disney Channel Poland
Telewizja Polska
3 Oktober 2008 (Jetix)
18 Oktober 2008 (Disney Channel)
23 November 2008 (Telewizja Polska)
Poland
 Afrika SelatanDisney Channel Selatan Afrika3 Oktober 2008 (Disney Channel)
15 November 2008 (MBC Max, Nelonen)
Inggeris
Arab League}} Dunia ArabDisney Channel Timur Tengah
MBC Max
 Denmark
 Finland
Norway
 Sweden
Disney Channel Skandinavia
Nelonen
 BelgiumVtm2 November 2008Belanda
 HungaryRTL Klub
Jetix Hungary
8 November 2008 (RTL Klub)
15 November 2008 (Jetix)
 Republik Czech
 Slovakia
Jetix Republik Czech15 November 2008
Moldova
 Romania
Prima TV
Jetix Romania
20 November 2008 (Prima TV)
20 Disember 2008 (Jetix)
 BulgariaJetix Bulgaria
Nova TV
22 November 2008Bulgaria
 IndiaDisney Channel India26 Disember 2008Inggeris
 EstoniaTV327 Disember 2008

Rujukan

Pautan luar