COMPASS

Sistem COMPASS (juga dikenali sebagai Beidou-2, BD2) ialah suatu projek oleh China untuk membangunkan sistem pandu arah satelit sejagat sendiri.[1] Ia mula beroperasi dengan liputan China dan kawasan sekitarnya pada Disember 2011.[2] Ia dirancang untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan di rantau Asia-Pasifik menjelang akhir 2012 dan seluruh dunia pada 2020, menggunakan 35 satelit.[3]

COMPASS bukan merupakan tambahan kepada Beidou-1 yang dilancarkan sebelum ini, tetapi GNSS baharu serupa daripada segi prinsip dengan GPS, GLONASS dan Galileo. Sistem ini dirangka akan serasi dan saling boleh dikendalikan dengan sistem-sistem lain ini.[4]

Pelancaran satelit

MisiTarikh[5]NamaTapak pelancaranKenderaan pelancarBasOrbit
07-322007-04-13Compass-M1XichangCZ-3CDFH-3MEO ~21,500 km
07-372009-04-14Compass-G2XichangCZ-3CDFH-3GEO hanyut
07–382010-01-16Compass-G1XichangCZ-3CDFH-3GEO 144.5°E
07-392010-06-02Compass-G3XichangCZ-3CDFH-3GEO 84.0°E
07-402010-07-31Compass-IGSO1XichangCZ-3ADFH-3HEO ~36,000 km
07-432010-10-31Compass-G4XichangCZ-3CDFH-3GEO 160.0°E
07-452010-12-17Compass-IGSO2XichangCZ-3ADFH-3HEO ~36,000 km
07-462011-04-10Compass-IGSO3XichangCZ-3ADFH-3HEO ~36,000 km
07-492011-07-27Compass-IGSO-4XichangCZ-3ADFH-3HEO ~36,000 km
07-512011-12-01Compass-IGSO-5XichangCZ-3ADFH-3HEO ~36,000 km

Operasi

Pada Disember 2011, sistem ini mula beroperasi dalam mod percubaan.[6] Ia telah mula menyediakan data pandu arah, kedudukan dan pemasaan kepada China dan kawasan sekitarnya secara percuma mulai 27 Disember. Semasa tempoh percubaan ini, COMPASS menyediakan ketepatan kedudukan dalam jarak 25 meter, namun ini akan meningkat dengan pelancaran lebih banyak satelit. Apabila sistem ini dilancarkan secara rasmi tahun berikutnya, ia berjanji menyediakan maklumat kedudukan tepat sehingga 10 m, kelajuan sehingga 0.2 m/s dan isyarat penyelarasan jam sehingga 0.02 µs. Tentera China akan mendapat data yang lebih jitu.[4]

Rujukan