Buta salji
- Rencana
- Perbincangan
Buta salji atau istilah perubatan yang tepatnya fotokeratitis ialah sakit mata yang disebabkan pendedahan mata yang tidak dilindungi sepenuhnya daripada sinar ultraungu yang bersumberkan semulajadi (misalnya pantulan cahaya matahari kuat hasil salji atau ais, pasir mahupun permukaan laut[1]) mahupun buatan manusia. Penyakit yang menjejaskan kornea dan konjunktiva ini tidaklah dirasai serta merta sehingga beberapa jam selepas pendedahan berlaku.
Antara gejala yang sering didapati ialah rasa sakit, pengeluran air mata yang banyak, kelopak mata yang berdenyut, rasa tidak selesa akibat cahaya terang,[2] serta pengecutan anak mata.
Penyakit ini dapat dicegah dengan pemakaian cermin mata hitam atau pelindung mata yang menyerap sinar ultraungu (UV) sambil membenarkan 5–10% cahaya nampak masuk, terutamanya dengan lensa dan penghadang sisi yang besar. Cermin mata hitam hendaklah sentiasa dipakai malah ketika langit mendung kerana sinar UV masih boleh menembusi awan.[3] Terdapat juga saranan agar bahagian bawah mata disapu dengan arang sekiranya langkah perlindungan mata lain tidak dapat diperolehi langsung.[4]
Masyarakat-masyarakat yang hidup di kawasan kutub seperti orang Inuit dan Yupik membuat gogel khas berlubang sempit daripada kayu hanyut atau tulang rusa kutub bagi mengatasi masalah ini.[5]
| |||||||||||||
|