Burung hantu salji

Burung hantu salji (nama saintifik: Bubo scandiacus)[4] ialah sejenis burung hantu berwarna putih. Ia ditemukan di kawasan-kawasan Artik Amerika Utara dan Paleartik, tempat membiaknya di kawasan tundra.[2][4] Ia antara spesies burung hantu paling besar di dunia.

Burung hantu salji
Julat zaman: Pleistosen–Kini [1]
CITES Appendix II (CITES)[3]
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Bubo
Spesies:
B. scandiacus
Nama binomial
Bubo scandiacus

     Kwsn membiak      Kwsn tdk membiak
Sinonim
  • Strix scandiaca Linnaeus, 1758
  • Strix nyctea Linnaeus, 1758
  • Nyctea scandiaca (Linnaeus, 1758)

Ciri-ciri

Badan

Badan burung jantan berukuran 52.5 hingga 64 sentimeter panjang dengan purata 58.7 sm.[5][6][7][8] Jarak lebar sayapnya dari In 116 hingga 165.6 sm dengan purata 146.6 sm.[9][5][7][8] Ukuran burung betina menjulat dari 54 hingga 71 sm dengan purata 63.7 sm;[5][6][7][8] jarak lebar sayap diukur dari 146 hingga 183 sm dengan purata 159 sm.[5][7][8]

Bulu

Burung hantu salji berwarna putih, ia lebih putih daripada haiwan-haiwan pemangsa yang menduduki habitat yang sama seperti beruang kutub dan rubah Artik. Ia menyamar menyerupai selonggok salji di atas tanah.[10]

Bahagian atas burung jantan dewasa berwarna putih biasa dengan beberapa tompok gelap pada bulu telinga dan hujung bulu pelepah terbang, bahagian bawahnya putih tulen. Badan burung betina dewasa lebih berintik dan berbelang pada kepala dan bahagian bawahnya, bulu-bulu terbang dan ekornya berwarna perang pudar.[11]

Tabiat

Pemakanan

Burung hantu salji memangsakan mamalia kecil terutamanya leming.[11][12][13] Pada musim sejuk, ia memangsakan beberapa jenis burung air seperti itik dan alka.[14][15][16]

Pembiakan

Burung betina bertelur kira-kira 5–9 biji dalam satu sangkak.[11] Anak-anak burung menetas selepas 1 hingga 3 hari, dalam masa 37–45 jam atau lebih 2 hari.[13][4]

Rujukan