Burung Pacat Sayap Biru

spesies burung

Burung Pacat Sayap Biru (bahasa Inggeris: Blue-winged Pitta) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Pitta moluccensis. [2] Ia merupakan salah satu daripada spesies yang digambarkan oleh William Farquhar dalam koleksi gambar haiwan di Tanah Melayu. [3]

Burung Pacat Sayap Biru
Blue-winged Pitta
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
P. moluccensis
Nama binomial
Pitta moluccensis
(Müller, 1776)

Burung Pacat Sayap Biru (Pitta moluccensis) merupakan burung passerine dalam keluarga Pittidae tempatan di Asia Tenggara dan Australia. Ia membentuk superspesies dengan tiga keluarga pittas yang lain, burung Pacat India (P. brachyura), burung Pacat (P. nympha) dan burung Pacat Bakau (P. megarhyncha). Ia merupakan burung yang bewarna-warni, memiliki kepala hitam dengan belang berbulu halus di atas mata, kolar putih, bahagian atas bewarna kehijauan, sayap biru, bahagian bawah berkilauan dan merah pada bahagian belakang ekor. Julatnya melangkaui dari India ke Malaysia, Indonesia, selatan China dan Filipina. Habitatnya merupakan kawasan hutan lembab, taman dan laman dan ia mengelak hutan tebal. Makannya terutamanya serangga dan cacing. Ia membiak pada musim bunga, membina sarang sphera tidak kemas di aats tanah, sering kali berhampiran dengan air dan di celah banir pokok. Satu rangkap sekitar lima biji telor dihasilkan dan diramkan oleh kedua keluarga, menetas dalam tempoh sekitar enambelas hari.

Taksonomi

Seorang ahli alamiah Jerman, Philipp Ludwig Statius Müller pertama kali menggambarkan Burung Pacat Sayap Biru pada tahun 1776.[4] Ia membentuk superspesies dengan tiga keluarga pittas yang lain, burung Pacat India (P. brachyura), burung Pacat (P. nympha) dan burung Pacat Bakau (P. megarhyncha). Nama biasa lainnya termasuk: Burung Pacat Sayap Biru Kecil, Burung Pacat Moluku, brève à ailes bleues (Perancis), Burung Pacat Kleine Blauflügel (Jerman) dan Burung Pacat Aliazul (Sepanyol).[5]

Ciri-ciri

Burung Pacat Sayap Biru ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung Pacat Sayap Biru adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Pacat Sayap Biru tidak bergigi.

Berukuran sepanjang 180 hingga 205 mm (7.1–8.1 in), burung Pacat Sayap Biru memiliki kepala hitam dengan warna-berkilat "supercilium", dagu putih dan bahagian bawah kekuningan berkilat. Bahu dan belakang kehijauan, sayap biru terang, dan punggung kemerahan.[6] Paruhnya hitam, mata perang dan kaki merah jambu pucat.[7] Burung muda memiliki warna yang sama tetapi lebih suram. Ia memiliki bunyi yang digambarkan sebagai taew-laew taew-laew[6]

Taburan dan habitat

Ia terdapat di Brunei, Kemboja, China, India, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, dan Vietnam. Ia burung penghijrah di Australia, Pulau Christmas, Taiwan dan Hong Kong.[4] Habitat semulajadinya adalah di kawasan hutan tanah rendah lembab tropika dan subtropika.[8]

Ia didapati di pelbagai habitat pada ketinggian sehingga 800 m (2500 ft), termasuk hutan daun lebar, taman dan laman, dan paya bakau,[6] sungguhpun ia mengelak hutan hujan tebal.[9]

Julatnya kebanyakan di Asia Tenggara dan Indochina, dari timur Myanmar tengah sehingga Thailand dan Semenanjung Malaysia.[10] Ia merupakan pelawat musim sejuk ke Borneo dan Sumatera, dan penghijrah di Filipina dan Jawa.[11] Ia penghijrah jarang ke persisiran barat laut Australia.[7]

Makanan

Burung pacat sayap biru makan terutamanya cacing dan serangga, memburu mereka di tanah atau dari dahan rendah atau bertenggek.[9][12] Mereka juga makan siput berkulit keras.[12][13][14]

Pembiakan

Mengembangkan sayap untuk berjemur panas.

Semasa musim membiak, burung pacat sayap biru membina sebuah sarang besar, kebiasaannya di atas tanh, diperbuat dari ranting, akar, rumput dan lumut. Sayang berbentuk sfera dan tidak kemas ini memiliki lubang masuk sisi dan sering didapati di celah banir berhampiran air.[15] Semasa julat pembiakannya di Semenanjung Malaysia, burung pacat sayap biru bertelur seawal May dan akhir Julai setiap tahun.[16] Burung betina bertelur 4-6 biji telur bewarna putih atau krim dengan tompok ungu, dan kedua keluarga bergiliur mengeram telur selama 15–17 hari.[15]

Pengekalan

Burung Pacat Sayap Biru merupakan haiwan yang dilindungi di Malaysia dan memerlukan lesen pemburuan untuk memburunya.

Rujukan

Pautan luar


Senarai burung
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z