Broadway

Broadway ([brod.wéi]) ialah sebatang jalan raya yang terletak di pusat Bandar Raya New York di negeri New York, Amerika Syarikat. Jalan ini bermula daripada persimpangan dengan State Street di Bowling Green sepanjang 13 bt (21 km) melalui kawasan atau boro Manhattan dan 2 bt (3.2 km) melalui kawasan Bronx, sebelum keluar kawasan kotaraya sebanyak 18 bt (29 km) melalui kawasan perbandaran Yonkers, Hastings-On-Hudson, Dobbs Ferry, Irvington dan Tarrytown sehingga tamat di Sleepy Hollow, Westchester County.[notes 1]

Pemandangan aras bawah jalan raya Broadway di New York dengan bangunan-bangunan teater beriklan menghiasi dua-dua tepi jalan ini.

Jalan raya ini merupakan laluan utara-selatan seumpamanya yang tertua di kota raya ini terbina sejak zaman kota tersebut diasaskan para peneroka Belanda sebagai Nieuw Amsterdam; nama laluan ini merupakan pinjam terjemah bahasa Inggeris daripada kata bahasa Belanda iaitu Brede weg.[1][2]

Ia dikenali sebagai tempat berpusatnya seni teater komersil di Amerika Syarikat dengan banyak panggung atau balai teater yang membarisi jalan ini.

Nota

Rujukan

Pautan luar