Bloomberg L.P.

syarikat kewangan, media, data dan perisian beribu pejabat di New York

Bloomberg L.P. ialah sebuah syarikat milik persendirian dalam bidang perisian kewangan, berita dan data, yang menyumbangkan satu pertiga kepada pasaran data kewangan sedunia yang bernilai $16 bilion[5] dengan hasil pendapatan kira-kira $6.6 bilion.[6] Bloomberg L.P. diasaskan oleh Michael Bloomberg dengan bantuan Thomas Secunda dan rakan-rakan yang lain (bekas rakan sekerja Bloomberg dari Salomon Brothers) pada tahun 1981 dan pelaburan hak milik 30% oleh Merrill Lynch. Syarikat ini menyediakan peralatan perisian kewangan seperti platform analitis dan perdagangan ekuiti, perkhidatan data dan berita kepada syarikat-syarikat dan pertubuhan-pertubuhan kewangan di seluruh dunia menerusi keluarannya yang paling lumayan, Bloomberg Terminal (melalui Bloomberg Professional Service[7] ). Ramai pelanggan hanya memanfaatkan sebilangan kecil daripada 30,146 fungsi mesin-mesin ini.[8] Bloomberg L.P. juga telah berkembang dengan perkhidmatan berita sedunia, termasuk televisyen, radio, Internet dan media cetak.

Bloomberg L.P.
Dinamakan sempenaMichael Bloomberg Sunting ini di Wikidata
Jenis/bentuk sahPerkongsian terhad
IndustriPerkhidmatan kewangan, Media massa
Ditubuhkan1 Oktober 1981[1]
PengasasMichael Bloomberg
Thomas Secunda
Ibu pejabatBloomberg Tower
Bandar Raya New York, A.S.
Tokoh pentingPeter Grauer (Pengerusi)
Dan Doctoroff (Presiden & CEO)
Hasil AS$ 7.92 bilion (2012)[2]
PemilikMichael Bloomberg(88%)Merrill Lynch(12%)[3]
Bilangan kakitangan~15,000 (2011)[4]
Anak syarikatBloomberg News Sunting ini di Wikidata
Tapak webBloomberg.com
Facebook: BloombergNews Twitter: business Telegram: bloomberg Youtube: UCUMZ7gohGI9HcU9VNsr2FJQ Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Studio penyiaran Bloomberg di London

Ibu pejabatnya sekarang terletak di Bloomberg Tower, 731 Lexington Avenue di Midtown Manhattan, Bandar Raya New York. Wisma ini juga dikenali sebagai "One Beacon Court" kerana suar berbentuk segiempat tepat yang melitupi menara ini serta laman dalam yang berturap di tingkat bawah.[9]

Syarikat Bloomberg diasaskan sebagai sebuah Perkongsian Terhad Delaware pada tahun 1981, dan berniaga sejak tahun 1983. Michael Bloomberg memiliki 85% kumpulan ini. Perniagaan teras Bloomberg ialah menyewa terminal kepada pelanggan. Ia juga mengendali stesen televisyen kewangan, Bloomberg Television, dan stesen radio niaga, WBBR di Bandar Raya New York. Kini terdapat lebih kurang 287,500 pelanggan Bloomberg Terminal di seluruh dunia.[10] Pesaing-pesaingnya termasuk SNL Financial, Thomson Reuters, Capital IQ, Dow Jones Newswires, FactSet Research Systems dan syarikat kecil seperti New York Financial Press. Pada akhir tahun 1996, Bloomberg membeli balik satu pertiga pegangan 30% Merrill Lynch dalam syarikatnya dengan harga $200 juta[11]. Pada Julai 2008, Merrill Lynch bersetuju untuk menjual pegangan 20% yang selebihnya kepada Bloomberg untuk $4.43 bilion, menjadikan nilai firma ini pada sekitar $22.5 bilion.[12][13]

Rujukan

Pautan luar