Black Maria (filem)
Black Maria merupakan sebuah filem aksi Malaysia 2003. Filem Black Maria diterbitkan dalam bentuk filem warna.
Black Maria | |
---|---|
Pengarah | Ambri Kailani Zain |
Penulis | Ambri Kailani Zain |
Lakon layar | Ambri Kailani Zain |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Sinematografi | Daven Raghavan |
Disunting oleh | Mariam Ibrahim |
Syarikat penerbitan | Simfoni Makmur |
Diedarkan oleh | Metrowealth Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 105 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Filem Black Maria mula ditayangkan pada 26 Jun 2003 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Eizlan Yusof, Lisdawati, Azhar Sulaiman dan ramai lagi.
Sinopsis
Pada tahun 1978, bot laju yang dipandu oleh Tuan Hashim telah kemalangan. Tuan Hashim berjayamenyelamatkan isterinya Puan Sabariah, dan Razlan anak sulung mereka berjaya menyelamatkan dirisendiri. Dua orang anak mereka, Rashid dan Rasul hilang ditelan ombak ganas. 23 tahun kemudian... Seorang bekas tentera elit, Azman, berjaya menyelamatkan Maria yang hampir dibunuh olehPsycho, seorang pembunuh dan perogol bersiri. Maria ialah adik bongsu kepada Razlan (yang sedang menanti maut apabila disahkan menghidap kanser otak). Apabila Psycho sekali lagi cubamenceroboh rumah mereka, Razlan begitu bimbang dengan keselamatan keluarganya apabila dia sudah tiada nanti. Razlan mengupah Azman untuk menjaga adiknya. Sementara itu, Izani, seorangahli perniagaan yang berjaya tidak menerima hakikat bahawa dia adalah anak angkat kepadakeluarga Tan Sri Aziz. Izani meninggalkan syarikat Tan Sri Aziz dan menerima tawaran daripadaRazlan yang mahukan Izani menguruskan perniagaan keluarganya sekaligus menjaga keselamatankeluarganya. Razlan mengambil keputusan pulang ke kota bahru bagi menghabiskan sisi terakhir hidupnya. Malang tak berbau, Razlan diculik oleh sekumpulan penjahat yang meminta wang tebusanRM1 juta. Azman, Izani, Maria dan Puan Sabariah bergegas ke Kota Bahru untuk menyerahkan wangtebusan. Di sana, terbongkar rahsia bahawa Azman dan Izani adalah anak Puan Sabariah yang terpisah 23 tahun yang lepas. kegembiaraan mereka hanyalah sementara apabila tanpa disangkasekali lagi mereka akan kehilangan salah seorang anggota keluarga buat selamanya...
Pelakon
Pelakon utama
- Eizlan Yusof sebagai Azman dan Rashid
- Lisdawati sebagai Maria dan Puan Sabariah muda
- Azhar Sulaiman sebagai Razlan
- Fasha Sandha sebagai Dania
- Joe Radzwill sebagai Izani
- Julia Hana sebagai Iman
Pelakon pembantu
- Hamidah Wahab sebagai Puan Sabariah
- Hisham Ahmad Tajuddin sebagai Dato' Nasir
- Dian P. Ramlee sebagai Datin Rubiah
- Zainurdin Ismail sebagai Tan Sri Aziz
- Rose Iskandar sebagai Puan Sri Norma
- Azman Ahmad sebagai Doktor Ramli
- Razib Salimin sebagai Psycho
- Yank Kassim sebagai Bob
- Shaharon Anuar sebagai DSP Rizal
- Zuraini Kassim sebagai ASP Razak
- Lukman Mahzani sebagai ASP Meor
Penampilan khas
- Aida Aris sebagai Black Roses
- Zahida Rafik sebagai Maria
- Zizie Ezette sebagai Suria
- Zack Idris sebagai Jack
Pelakon tambahan
- Shahrizan Salleh sebagai Zuki
- Azli Mohamad sebagai Zaki
- Robin Lai sebagai Pemberi maklumat Sudir
- Maizura Muhamad sebagai Julia
- Eira Syazira sebagai Ami (Kredit nama sebagai Syazira Suhaimi)
- Noor Shaleeza Yuhainy sebagai Shahsa
- Elyana Elizabeth Ann Johan sebagai Nurul
- Saidatul Almal Ismail sebagai Ibu Dania
- Nurul Akma Afida Che Mat sebagai Era
- Mahmud Ahmad sebagai Penghulu
- Dayana Kamal sebagai Anak Penghulu
- Sharul Ariffin sebagai Taipan
- Maneesa Nadia sebagai Isteri Taipan
- Sam Tat sebagai Pengawal keselamatan
- Mior Amir sebagai Kapcai Boy
- Hafidz Shamsudin sebagai Razlan kecil
- Ikram Basiri sebagai Azman kecil
- Shafiq Shamsudin sebagai Izani kecil
- Azmi Bakar sebagai Pemandu Razlan
- Zulkefli Mansor sebagai Pemandu Dato' Nasir
- Razali sebagai Pemandu teksi KB
- Noa sebagai Penari Latin
- Zawarni sebagai Penari Latin
Trivia
1. Lakonan sulung Fasha Sandha dan permulaan kerjaya lakonan malah semasa filem ditayangkan beliau berusia 20 tahun manakala Eira Syazira terlibat dunia lakonan semasa umur belasan tahun sebagai pelakon tambahan.
2. Filem ini penampilan terakhir Shahron Anuar sebelum fokus kerjaya polis sepenuhnya
3. Suara kebanyakan agak kartun