Biri-biri (buruj)

Biri-biri, Domba, Biri-biri Jantan, Domba Jantan, Hamal (Arab: الحمل), Mesa (Sanskrit: मेष Meṣá) atau Aries (Ari) ialah salah sebuah daripada buruj-buruj zodiak. Buruj ini terletak di hemisfera samawi utara di antara Pisces (Ikan) ke barat dengan Taurus (Lembu Jantan) ke timur. Nama Aries dalam bahasa Latin bermaksud biri-biri (jantan), dan lambangnya ialah (Unicode ♈), mewakili tanduk biri-biri jantan. Buruj ini merupakan salah sebuah daripada 48 buah buruj yang diperihalkan oleh ahli astronomi abad ke-2, Ptolemy, dan kekal sebagai salah sebuah daripada 88 buah buruj moden. Buruj ini ialah buruj bersaiz sederhana, berkedudukan ke-39 dari segi saiz keseluruhan, dengan keluasan sebanyak 441 darjah persegi (1.1% daripada sfera samawi).

Aries
Buruj
Aries
Nama LatinAries
SingkatanAri[1]
GenitifArietis
Sebutan/aries/; genitif /arietis/
SimbolismeBiri-biri
Pencerapan
(Epok J2000)
01j 46m 37.3761s–03j 29m 42.4003s[2]
Keserongan31.2213154°–10.3632069°[2]
KeluargaZodiak
Keluasan441[3] darjah persegi (ke-39)
Bintang
Bintang utama4, 9
Bintang Bayer/Flamsteed
67
Bintang dengan planet
6
Bintang terang (lebih daripada 3.00m)
2
Bintang dalam 10.00 pc
(32.62 ly)
2[a]
Bintang paling terang
Hamal (2.01m)
Bintang terhampirBintang Teegarden (SO 0253+1652)[4]
(12.58 tc, 3.86 pc)
Objek
Objek Messier0
Pancuran meteor
  • Pancuran Biri-biri Mei
  • Pancuran Biri-biri Musim Luruh
  • Pancuran Biri-biri Delta
  • Pancuran Biri-biri Epsilon
  • Pancuran Biri-biri Siang
  • Pancuran Segi Tiga-Biri-biri
Buruj bersempadan
Catatan
Boleh dilihat pada garis lintang antara +90° dan −60°.
Penglihatan terbaik pada jam 21:00 (9:00 malam) ketika bulan Disember.
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sungguhpun Aries secara spesifiknya mewakili biri-biri yang bulunya menjadi Bulu Kencana daripada mitologi Yunani Purba, buruj ini telah mewakili biri-biri sejak hujung zaman Babylonia. Sebelum itu, bintang-bintang Aries membentuk pekerja ladang. Budaya berlainan telah menyertakan bintang-bintang Aries ke dalam buruj berlainan termasuk pemeriksa kembar di China dan lumba-lumba di Kepulauan Marshall. Aries merupakan buruj agak malap, hanya dengan empat buah bintang: Hamal (Alpha Arietis, magnitud kedua), Sheratan (Beta Arietis, magnitud ketiga), Mesarthim (Gamma Arietis, magnitud keempat), dan 41 Arietis (juga magnitud keempat). Beberapa buah objek langit lepas dalam buruj ini adalah agak malap dan termasuk beberapa pasang galaksi bersaling tindak. Beberapa pancuran meteor kelihatan bersinar daripada Aries, termasuk Pancuran Biri-biri Siang dan Pancuran Biri-biri Epsilon.

Rujukan

Catatan penjelasan

Kutipan

Bibliografi

Sumber dalam talian

Pautan luar

Media berkenaan Aries (buruj) di Wikimedia Commons

Templat:Bintang dalam Aries

03h 00m 00s, +20° 00′ 00″