Bilal bin Rabah

Bilal bin Rabah (Arab: بِلَال ٱبْن رَبَاح, Bilāl ibn Rabāḥ , 580–640M) ialah seorang sahabat nabi dan muazin pertama dalam Islam, dipilih oleh Nabi Muhammad.[4][5][6] Beliau dilahirkan di Habsyah pada 5 Mac 580M, bersamaan dengan 1 Jamadil Awal 44SH. Bilal dibesarkan di Habsyah sebagai seorang hamba yatim Bani Jumah yang berada bawah jagaan Umaiyah bin Khalaf. Setelah Rasulullah s.a.w menjadi Nabi dengan membawa risalah Islam, Bilal menjadi antara orang-orang yang paling awal memeluk Islam. Beliau meninggal pada usia 63 pada tahun 640M, bersamaan dengan 2 Rabiul Awal 20 Hijrah.

Bilal
بِلَال ٱبْن رَبَاح
Sebuah lukisan kenit Parsi Islam dari Siyer-i Nebi (abad ke-16, Kerajaan Uthmaniah), menggambarkan Bilal melaungkan azan
Lahir5 Mac 580M
Tempat kelahiranMekah, Hijaz
Terkenal keranaAntara sahabat terkenal Nabi Muhammad dan pelaung azan pertama Islam[1][2]
JawatanSetiausaha Perbendaharaan Negeri Islam Madinah
GelaranSayid Al-Muazzin (Sayyid al-Muʾaḏḏin)
Meninggal dunia2 Mac 640(640-03-02) (umur 57) AD
BapaRabah
IbuHamamah
Isteri
  • Hindun
  • Halah binti Auf [3]
AgamaIslam

Kelahiran dan awal hidup

Bilal bin Rabah dilahirkan di Habsyah, di Hijaz pada tahun 580.[7] Ayah beliau bernama Rabah dan ialah hamba Arab dari bani Jumah manakala ibu beliau bernama Hamamah dari Habsyah. Dengan dilahirkan sebagai hamba, beliau terpaksa bekerja untuk tuan beliau, Umaiyah bin Khalaf. Dengan kerja kerasnya, Bilal diiktiraf sebagai hamba yang bagus dan diberi tanggungjawab memegang kunci kepada berhala Arab. Namun, sifat perkauman dan peraturan adat Arab menghalan beliau daripada mendapat jawatan yang tinggi.[7]

Penampilan Bilal

Dalam buku Bilal ibn Rabah oleh Muhammad Abdul Rauf, beliau menyatakan Bilal "mempunyai ketinggian yang segak dan menawan, berkulit perang gelap dengan mata yang berkilauan, hidung yang halus dan kulit yang berseri. Beliau dikurniakan dengan suara yang garau, merdu dan bergema. Beliau mempunyai janggut yang halus pada kedua-dua pipinya. Beliau turut dianugerahkan dengan kebijaksaan, bermaruah dan bernilai diri."[8] Dalam buku The Life of Muhammad oleh Willian Muir, Bilal "tinggi, gelap, dengan ciri-ciri orang Afrika dan rambut tebal."[9]Muir juga menyatakan bahawa ahli pembesar Quraisy benci Bilal dan memanggil beliau "Ibnu Saudah" (anak perempuan hitam).[9]

Pengislaman

Ketika Nabi Muhammad mula berdakwah, ahli pembesar Quraisy merancang apa yang patut dibuat dengan Baginda. Bilal yang ketika itu mengikut tuan beliau, Umaiyah, terdengar tentang Muhammad dan ajarannya tentang Tuhan yang Esa. Beliau terpesona dengan Islam dan menjadi antara sembilan orang yang pertama masuk Islam.[10][11][12]

Penyeksaan Bilal

Gambaran oleh pelukis Bilal bin Rabah disebat kerana memeluk Islam.

Apabila Umaiyah dapat tahu, dia mula menyeksa Bilal.[7] Selepas didesaki Abu Jahal, Umaiyah mengikat Bilal dan mengheret beliau keliling Mekah sementara kanak-kanak mengejeknya.[13] Bilal tetap enggan mengecam Islam dan terus-menerus mengucap "Ahadun Ahad" (Tuhan yang Esa).[13] Marah dengannya, Umaiyah menyebat dan dipukul beliau sambil diikat atas tanah pasir yang panas. Kemudian, sebuah batu besar diasakkan atas dadanya.[7] Khabar tentang beliau sampai ke telinga sahabat-sahabat Nabi Muhammad yang kemudian memberitahu Baginda. Baginda kemudian menghantar Abu Bakar berunding untuk membeli Bilal, kemudian bebaskannya dengan membeli beliau dengan 12 ukiah emas atau 40 dirham.[7][14][15][16][17]

Perbendaharaan

Bilal mendapat jawatan dalam kota Madinah sebagai penjaga baitul mal.[18] Semasa beliau menjawat, Bilal telah agihkan dana kepada janda, anak yatim, petualang dan orang susah.[18][19]

Jasa dan Perjuangannya

Beliau meninggal dunia pada tahun 23 Hijrah di negeri Syam dan dikebumikan di Damsyik. Sepanjang hayatnya beliau diakui sebagai seorang yang patuh dan rajin terhadap tanggungjawabnya, ikhlas, amanah, berani, tabah, dan sanggup menghadapi risiko demi mempertahankan kebenaran. Beliau juga pernah menyertai barisan tentera Islam dalam beberapa peperangan dan dilantik sebagai muazzin yang pertama di dunia oleh Rasulullah dan kerana itulah namanya kini diabadikan kepada setiap muazzin atau BILAL

Rujukan

Pautan luar