Bendera Perancis

Bendera Perancis (Perancis: Drapeau français, juga digelar Tricolore atau "Panji Tiga Warna") terdiri daripada tiga warna iaitu biru, putih, dan merah. Rekaan terkini dan tetap bendera ini diperkenalkan pada 17 Mei 1853 oleh Napoleon Bonaparte.

Nisbah 2:3

Rekaan

Perincian

Pasal 2 Perlembagaan Perancis terbaharu yang digubal tahun 1958 menyatakan seperti berikut:[1]

L'emblème national est le drapeau tricolore, bleu, blanc, rouge.
("Lambang kebangsaan [Republik Perancis] ialah bendera tiga warna, biru, putih, dan merah.")

Jenis warna-warna yang dipilih dalam perekaan bendera ini tidak ditetapkan secara undang-undang; tetapi jenis warna biru yang digunakan selama ini lebih cenderung kepada yang gelap atau "biru laut" (bleu marine).[2][3] Warna-warna piawai untuk bendera ini diperkenalkan secara rasminya pada tahun 1976 oleh Valéry Giscard d'Estaing, Presiden Perancis yang memerintah pada ketika itu di mana jalur biru yang dipaparkan lebih terang atau muda.[4]

Sejarah

Warna biru dan merah merupakan warna-warna yang dikatikan rapatnya dengan Paris sehingga warna-warna ini dipakaikan pada bendera kota tersebut: biru melambangkan Santo Martin manakala merah pula melambangkan Santo Denis.[5] Ketika berlakunya Serbuan Bastille pada tahun 1789 sewaktu Revolusi Perancis, golongan militia Paris memakai simpulan reben (cockade) berwarna biru dan merah pada topi-topi mereka. Warna putih pula telah lama dipakaikan pada bendera-bendera kerajaan Perancis yang sebelumnya, bahkan ia juga dirujuk sebagai "warna Perancis kuno" oleh Lafayette.[6] Warna putih ini ditambahkan kepada simpulan reben militia ini agar "memiliknegarakan" rekaan tersebut, lalu terhasilnya cockade tiga warna yang terkenal ini.[6]

Pada Piala Dunia FIFA 1998 di Perancis, Adidas menjadi partai utama dipanggil "tricolore" serupa warna bendera negara ini.

Presiden Emmanuel Macron didapati telah menukar bendera yang dikibarkan di Istana Élysée kediaman rasmi beliau kepada yang berincian biru lebih gelap sejak tahun 2020, menurut ketua laporan politik stesen radio Europe 1 Louis de Raguenel; Macron dikatakan mahu memulihkan rincian warna bendera ini selari dengan rekaan bendera yang digunakan semasa zaman Revolusi.[4][7]

Rujukan

Pautan luar

🔥 Top keywords: Hari Raya AidiladhaLaman UtamaDua Darjat (drama)The Hardest Singing ShowKhilaf Yang TertulisKhas:CariJamrahAbang AdikIbadah korbanCinta Untuk Sekali LagiTempoh haram puasaHari TasyrikKhas:Perubahan terkiniDharma Harun Al RashidAniq DurarZim Zim Ala KazimNabi Ismail a.s.Bunga SaljuUEFA Euro 2024Aku Bukan UstazahMuhammad Yassin MohammadSolat sunat hari rayaNabi Ibrahim a.s.Erysha EmyraWukufWanita Milik Tuan Putra6 JahanamProjek: Anchor SPMAgak LaenOzlynn WatyAnak Perjanjian Syaitan 2Senarai peribahasa (A–M)Nabi Muhammad SAWInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSolatNafarAzahari HusinRiena DianaHaji