Bendera kebangsaan Brazil terdiri daripada sebuah cakera biru yang bergambarkan langit yang berbintang dan diliputi sebuah jalur di mana moto kebangsaannya, "Ordem e Progresso" (ungkapan Bahasa Portugis bermaksud "Keteraturan dan Kemajuan") tertulis di situ, dalam bentuk berlian kuning berlatarbelakangkan lapangan hijau. Reka bentuk bendera ini digunakan secara rasmi oleh kerajaan Brazil pada 19 November 1889.
Lapangan hijau dan berlian kuning merupakan peninggalan daripada bendera Empayar Brazil - warna hijau mewakili Maharaja Pedro I melalui Kerabat Braganza manakala warna kuning mewakili isterinya, Maharani Maria Leopoldina melalui Kerabat Habsburg. Bintang-bintang yang ada dalam cakera biru mewakili gambaran langit malam di Rio de Janeiro pada 15 November 1889, tarikh pembentukan Brazil sebagai sebuah negara republik - setiap bintang mewakili setiap negeri yang ada dalam pemerintahan persekutuan itu termasuk Wilayah Persekutuan Brazil sendiri.
Tatarajah menunjukkan setiap bintang melambangkan setiap negeri dalam Brazil dengan nama setempat diberikan untuk setiap bintang.
Cogan kata Ordem e Progresso ("Keteraturan dan Kemajuan") merupakan suatu ungkapan berunsur humanis yang datang daripada fahaman positivis diasaskan Auguste Comte: [5]
"L'amour pour principe et l'ordre pour base; le progrès pour but ("Cinta sebagai prinsip dan keteraturan sebagai asas; kemajuan sebagai matlamat").
Cogan kata tersebut terletak pada suatu jalur yang dibentuk hampir mirip bentuk laluan Matahari merentasi ufuk bumi. Hanya satu sahaja bintang terletak di atas motto tersebut melambangkan Pará yang terletak di utara laluan ini menghampiri Khatulistiwa.