Bakon

Bakon (Bahasa Inggeris: bacon serapan Perancis Lama pinjaman Jerman Hulu Kuno bacho turunan Jerman Purba Barat *bakō terbitan *baka- "belakang"[1][2]) atau dendeng ialah sejenis daging awet yang disediakan daripada beberapa potongan yang berbeza, biasanya daripada perut atau belakang yang kurang kandungan lemak; potongan begini diawet dengan lumuran garam, rempah ratus dan nitrit sebelum disalai untuk menggelapkan kulitnya dan disiat kerat menjadi jalur.[3][4] Sayatan jalur ini perlu dimasak dahulu sebelum dimakan, selepas itu ia boleh dimakan begitu sahaja atau sebagai hidangan sampingan (terutamanya dalam sarapan), atau digunakan sebagai ramuan kecil untuk memberi rasa pada masakan.

Sekeping sayat bakon dimasak tepi (berjalur-jalur)
Bakon awet tepi di dalam kuali
Bakon yang sama selepas digoreng di dalam kuali

Daging babi sering digunakan dalam pembuatannya tetapi daging haiwan lain seperti lembu, biri-biri, ayam, kambing atau ayam belanda boleh juga diolah serupa[5] dalam kalangan orang yang diharamkan makan daging babi kerana agama (kasyrut Yahudi dan halal Islam).[6]

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar