Bak chang

Rou Zong, Bak chang, bakcang ataupun kuih chang (Hanzi: 肉粽; pinyin: ròuzòng; Pe̍h-ōe-jī: bah-chàng) adalah satu jenis zongzi yang mempunyai tambahan daging haiwan, termasuk ternakan, buruan, ikan, babi dan/atau krustasia.[1][2]

Rou Zong / 肉粽 / Bak chang
Beberapa bungkus kuih bak chang diikat dengan benang
Nama alternatifRou Zong, Zongzi, kuih chang, bakcang, zang, nom asom, Pya Htote , "Joong", "Doong"
JenisKuih beras
Tempat asalChina
Kawasan/rantauLingkungan kebudayaan Asia Timur
Bahan utamaBeras pulut diisi beraneka inti dan dibungkus dengan daun buluh, pandan atau seumpamanya.
Keragaman/variasiLo mai gai
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Zongzi dalam kategori ini terdapat banyak jenis dan nama yang lain. Makanan ini dimasak secara berbalut daun sebelum direbus atau dikukus.[3]

Sejarah

Kuih ini hidangan utama semasa perayaan Duan Wu.[4] Ia mempunyai kaitan dengan kisah lagenda yang diceritakan mengenai seorang menteri daripada Negera Chu bernama Qu Yuan yang membunuh diri di sungai tidak lama selepas diusir buang negera rajanya akibat difitnah; penduduk sekampung yang mendapat tahu kejadian ini dikatakan membaling zongzi untuk menyelamatkan mayatnya daripada dimakan ikan.[5]

Jenis

Kuih bak chang di China Selatan dan Asia Tenggara biasanya dibuat berintikan daging babi, cendawan shiitake, kuning telur masin, saderi, dan halia.[6][7][8]

Ada resipi kuih bakchang yang ditukarkan jenis daging intinya dengan pilihan lebih halal dalam kalangan penganut Islam masyarakat tersebut.[9]

Lihat juga

Rujukan