Bahasa-bahasa Samiah Timur

(Dilencongkan dari Bahasa-bahasa Semitik Timur)

Bahasa-bahasa Samiah Timur ialah salah satu keluarga bahasa di bawah bahasa-bahasa Samiah. Kumpulan bahasa-bahasa Samiah Timur dibuktikan oleh tiga bahasa yang berbeza, bahasa Akkad, bahasa Ebla, dan mungkin bahasa Kisy, yang semuanya telah lama pupus.[4][5][6][7][8] Mereka dipengaruhi oleh bahasa Sumer yang bukan berketurunan bahasa-bahasa Samiah dan menggunakan aksara pepaku.

Bahasa-bahasa Samiah Timur
Taburan
geografi:
dahulunya Mesopotamia
Klasifikasi bahasa:Afroasia
Pembahagian:
Glottolog:east2678[3]
Anggaran taburan sejarah bahasa-bahasa Samiah. Bahasa-bahasa Samiah Timur dalam kawasan berwarna hijau.

Bahasa-bahasa Samiah Timur terasing daripada bahasa-bahasa Samiah lain, yang kebanyakannya digolongkan dalam keluarga bahasa-bahasa Samiah Barat, dalam beberapa aspek. Dari segi sejarah, keadaan linguistik tersebut dipercayai berlaku apabila penutur bahasa-bahasa Samiah Timur mengembara lebih jauh ke timur, hingga menetap di Mesopotamia ketika milenium ke-3 SM, seperti yang dibuktikan oleh naskhah bahasa Akkad dari zaman ini. Menjelang awal milenium ke-2 SM, bahasa-bahasa Samiah Timur, khususnya bahasa Akkad, telah menguasai rantau tersebut.

Fonologi

Pemahaman moden tentang fonologi bahasa-bahasa Samiah Timur hanya boleh diperolehi daripada kajian teliti naskhah bertulis dan perbandingan dengan bahasa Samiah Proto yang dilangbina. Paling ketara ialah pengurangan kekata yang berkonsonan belakang, geseran velar dan farinks, serta glotis. Bahasa Akkad mengekalkan *ḫ dan (sebahagiannya) *ḥ hanya sebagai satu fonem yang ditranskripsikan sebagai dan biasanya dilangbina sebagai geseran velar nirsuara atau geseran uvular nirsuara. Semua bunyi *ʾ, *h, *ʿ, *ġ telah hilang. Penghilangan bunyinya tampaknya menimbulkan kehadiran vokal e di mana ia tidak ditemui dalam bahasa-bahasa Samiah lain (contohnya, Akk. bēl 'tuan' < PS. *ba'al). Tampaknya juga tubian geseran antaragigi menjadi desisan (contohnya, Akk. šalšu 'tiga' < PS. *ṯalaṯ). Walau bagaimanapun, bentuk fonologi yang tepat mengenai bahasa-bahasa tersebut tidak diketahui sepenuhnya, dan ketiadaan ciri-ciri mungkin disebabkan oleh ketidakcukupan ortografi bahasa Sumer untuk menggambarkan bunyi bahasa-bahasa Samiah, dan bukannya ketiadaan sebenarnya.

Urutan kata dalam bahasa-bahasa Samiah Timur mungkin juga dipengaruhi oleh bahasa Sumer kerana bersifat subjek–objek–verba, dan bukannya verba–subjek–objek seperti bahasa-bahasa Samiah Barat.

Rujukan

  • Huehnergard, J. 1995. “Bahasa Samiah.” Pp. 2117–2134 dalam Tamadun Timur Dekat Purba . Jack Sasson (penyunting). New York.

Templat:Semitic languages