Bahasa-bahasa Samiah Selatan

(Dilencongkan dari Bahasa-bahasa Semitik Selatan)

 

Bahasa-bahasa Samiah Selatan
Taburan
geografi:
Yaman, Oman, Habsyah, Eritrea
Klasifikasi bahasa:Afroasia
Pembahagian:
Glottolog:Tiada

Bahasa-bahasa Samiah Selatan ialah sebuah keluarga bahasa di bawah keluarga bahasa-bahasa Samiah. Ia membentuk satu cabang daripada keluarga bahasa Afroasia yang lebih besar, yang terdapat di (Utara dan Timur) Afrika dan Asia Barat.

Sejarah

"Tanah air" bahasa-bahasa Samiah Selatan diperdebatkan secara meluas, dengan sumber seperti A. Murtonen (1967) dan Lionel Bender (1997)[1] mencadangkan asal-usulnya di Habsyah dan yang lain mencadangkan bahagian selatan Semenanjung Arab.[2] Kajian 2009 berdasarkan model Bayes untuk menganggarkan perubahan bahasa menyimpulkan bahawa sudut pandangan yang kedua adalah lebih berkemungkinan.[3] Pencerakinan perangkaan ini tidak dapat menganggarkan bila atau di mana nenek moyang semua bahasa Samiah menyimpang daripada keluarga Afroasia, tetapi ia mencadangkan bahawa perbezaan cabang bahasa-bahasa Samiah Timur, Tengah, dan Selatan berlaku di Levant.[4]

Pengelasan

Bahasa-bahasa Samiah Selatan dibahagikan kepada dua cabang yang tidak berkontroversi:[5]

  • Bahasa-bahasa Samiah Selatan Barat
    • Bahasa Arab Selatan Kuno – mungkin pupus, dahulunya dipercayai sebagai nenek moyang bahasa-bahasa Samiah Arab Selatan moden. Bahasa-bahasa Arab Selatan moden kini dikelaskan di bawah bahasa-bahasa Samiah Selatan Timur. Bahasa Razihi dan bahasa Faifi mungkin keturunan keluarga Samiah Selatan Barat.
    • Bahasa-bahasa Samiah Habsyah awal di pantai selatan Semenanjung Arab dan ditemui di seberang Laut Merah di Tanduk Afrika, terutamanya di Habsyah dan Eritrea moden.
  • Bahasa-bahasa Samiah Selatan Timur

Demografi

Bahasa-bahasa Samiah Habsyah keseluruhannya mempunyai jumlah penutur asli moden yang paling ramai daripada mana-mana bahasa Samiah selain daripada bahasa Arab. Bahasa utama di Eritrea ialah terutamanya bahasa Tigrinya dan bahasa Tigre, iaitu bahasa-bahasa Habsyah Utara, dan bahasa Amhara (bahasa-bahasa Habsyah Selatan) ialah bahasa utama yang dituturkan di Habsyah (bersama dengan bahasa Tigrinya di wilayah utara Tigray). Bahasa Geez terus digunakan di Eritrea dan Habsyah sebagai bahasa keagamaan untuk gereja-gereja Tewahedo Ortodoks.

Bahasa-bahasa Arab Selatan telah semakin ditindih oleh bahasa Arab yang lebih dominan (juga ahli bahasa-bahasa Samiah) selama lebih dari satu milenium. Etnolog menyenaraikan enam ahli moden cabang bahasa-bahasa Arab Selatan dan 15 ahli cabang bahasa-bahasa Samiah Habsyah.[6]

Lihat juga

Rujukan

Templat:Semitic languages