Bagaikan Sakti

"Bagaikan Sakti"[1] ialah sebuah lagu nyanyian Siti Nurhaliza dan M. Nasir.[2] Lagu ini digubah oleh M. Nasir sendiri. Lagu ini dimuatkan dalam album runut bunyi bagi filem Puteri Gunung Ledang yang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 31 Ogos 2004. Sebuah video muzik iringan turut dirakamkan untuk lagu ini.

"Bagaikan Sakti"
Lagu oleh Siti Nurhaliza dan M. Nasir
daripada album OST Puteri Gunung Ledang
BahasaMelayu
Dilancarkan pada22 Ogos 2004
GenreBalada
Panjang5:04
PenulisM. Nasir
Senarai runut OST Puteri Gunung Ledang
  1. "Asmaradana" (Tiara Jacquelina)
  2. "Bagaikan Sakti" (M. Nasir & Siti Nurhaliza)
  3. "Keranamu Kekasih" (Vince)
  4. "Karma" (Cokelat)
  5. Kasih tak Sampai (Padi)
  6. Disisimu (Psyklone)
  7. Kembalilah kasih (Anuar Zain)
  8. Januari (Glenn Fredly)
  9. Sendiri (Psyklone)
  10. Mungkin (Anuar Zain)
  11. Asmaradana (Tribal mix by Jungle Jerry & discomfia)
  12. Puteri Gunung Ledang
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Muzik video

Muzik video lagu ini menampilkan sedutan babak daripada filem Puteri Gunung Ledang. Ia dimulakan dengan penonton di pawagam, dengan Siti Nurhaliza dan M. Nasir muncul pada babak awal dan diakhiri dengan mereka meninggalkan panggung wayang.

Konsert

Konsert Bagaikan Sakti
Konsert oleh Siti Nurhaliza dan M. Nasir
TempatEsplanade – Theatres on the Bay, Singapura
Tarikh1 Januari 2010
Jumlah persembahan1

Konsert Bagaikan Sakti[3] ialah konsert selama satu malam yang diadakan pada 1 Januari 2010 di dewan Espalanade, Singapura yang menyaksikan gabungan hebat M. Nasir dan Dato’ Siti Nurhaliza mengalunkan lagu-lagu hebat mereka serta lagu-lagu klasik yang pernah didendangkan oleh seniman terkemuka sepanjang zaman seperti P. Ramlee, Saloma dan Sudirman sepanjang persembahan dua jam tanpa henti.[4]

Konsert istimewa ini juga bakal memperlihatkan dua pengarah muzik terkemuka yang akan bekerjasama mengemudikan konsert ini di atas pentas iaitu M. Nasir di bawah pimpinan Aznan Alias dan Dato’ Siti Nurhaliza di bawah pimpinan Aubrey Suwito serta diiringi oleh 30 orang pemuzik di bawah pimpinan mereka.

Insiden

Semasa konsert berlangsung, ada peminat M. Nasir berteriak dengan perkataan kesat dan mengejek persembahan Siti. Malah, mereka juga mengutuk peminat Siti yang datang dengan sepanduk kelab peminat SitiZone. Mereka juga memberi amaran kepada peminat Siti agar tidak bersorak kepada Siti. Akibat insiden ini, peminat Siti rasa terganggu dan tak tenteram hati kerana bilangan peminat M. Nasir sebegitu ramai. Hairan juga kenapa peminat Siti tak dibenarkan bersorak. Mujurlah tiada berlaku sebarang pergaduhan, tetapi peminat Siti tetap bersabar disebabkan mereka tak mahu melukakan hati Siti. Maklumlah semua ke sana nak berseronok apatah lagi bukan senang Siti dan M. Nasir bergabung dalam satu konsert.[5]

Penyiaran

Konsert ini juga disiarkan secara langsung di Astro Box Office Events (Saluran 955), dengan ulang tayang pada 2–10 Januari.[6]

Susunan lagu

Lagu Bagaikan Sakti menyaksikan buat pertama kalinya M. Nasir (kiri) dan Siti Nurhaliza (kanan) bekerjasama, sekaligus berkongsi pentas di konsert Bagaikan Sakti.
Susunan lagu Dato’ Siti Nurhaliza
  1. Nirmala
  2. Lagu Rindu
  3. Ada Masa Mata
  4. Cindai
  5. Bukan Cinta Biasa
  6. Ku Percaya Ada Cinta
  7. Biarlah Rahsia
  8. Ku Mahu
  9. Ku Milikmu
  10. Destinasi Cinta
Susunan lagu pertama Dato’ Siti Nurhaliza & M. Nasir
  1. Kesuma Jiwa (Prelud ke set pertama)
  2. Ghazal Untuk Rabiah
  3. Suatu Masa
  4. Mawarku
  5. Lagu Gembira
Susunan lagu M. Nasir
  1. Hati Emas
  2. Sahabat Gua
  3. Bukalah Hatimu
  4. Srikandi Cintaku
  5. Sentuhan Listrikmu
  6. Milik Siapakah Gadis Ini
  7. Juwita Citra Terindah
  8. Mentera Semerah Padi
  9. Raikan Cinta
  10. Ada
Susunan lagu kedua Dato’ Siti Nurhaliza & M. Nasir
  1. Bagaikan Sakti
  2. Dua Insan
  3. Hanya Semalam

Sumber: Diperoleh pada sidang media konsert.[3]

Senarai runut

No.TajukMasa
1."Bagaikan Sakti"5:04


Rujukan

Pautan luar