Azlee Jaafar

Pelakon, pelawak, penyanyi dan pengacara Malaysia
(Dilencongkan dari Azlee Senario)

Muhammad Azlee Jaafar (lahir 11 Jun 1967) atau lebih dikenali sebagai Azlee Senario ialah seorang pelawak, penyanyi dan pelakon Malaysia. Beliau lahir di Johor dan mula mencipta nama bersama kumpulan komedi Senario pada era 1990-an.[1] Beliau juga adalah seorang penggiat muzik ghazal di Johor.

Azlee Jaafar
Kelahiran
Muhammad Azlee bin Jaafar

(1967-06-11) 11 Jun 1967 (umur 57)
Nama lainAzlee
PekerjaanPelawak, penyanyi, pelakon, pengacara
Tahun aktif1995–kini
PasanganAslinda Ayob
Anak-anak2

Kerjaya

Pernah dicalonkan di Festival Filem Malaysia untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (FFM) pada edisi FFM 14 (1999) menerusi filem Senario The Movie. Selain lakonannya sebagai pemuda terencat akal dalam filem tersebut, lakonan Azlee sebagai pengusaha warung roti canai dalam filem Lagi-Lagi Senario (2001) juga mendapat pujian ramai pengkritik. Beliau juga amat terkenal dengan lawak membuat muka pelik kerana lawak muka peliknya itu dibuat dari mula menjadi artis sehingga sekarang. [2]

Kehidupan peribadi

Pada 2014, Azlee pernah menerima rawatan di Hospital Damansara kerana masalah batu dalam hempedu.[3] Beliau juga pernah mengingatkan agar pelawak harus bijak dan jangan sampai menyinggung perasaan orang lain. Sebelum lontarkan apa-apa kata, kenalah berfikir dulu. Berlawak kenalah berpada-pada. Azlee menasihatkan bahawa sebagai pelawak perlu menjaga sensitiviti. Pelawak juga pelu cuba elakkan berlawak dengan bahasa lucah atau ‘double meaning’.[4]

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
1999Senario The MovieAzleeFilem pertama
2000Senario Lagi
2001Lagi-Lagi Senario
2003MX3Iskandar ShahPelakon undangan
Lang BuanaBercabang / Baginda Sultan
Jutawan FakirPengurus BankPenampilan khas
2004I Know What You Did Last RayaFazzley
Tangkai JeringYB
2005Senario XXWak Kernal
Pontianak MenjeritAzlee
2006Senario Dalam Pemburu Emas YamashitaBoy
2008Cinta U-TurnPengurus
Senario The Movie: Episode 1Azlee / Perompak 2
2009Jangan Pandang Belakang CongkakPak Mor
Senario The Movie Episode 2: Beach BoysAzlee
2010ZooRain
Jangan Pandang Belakang Congkak 2Pak Mor
Senario Asam GaramPak Adam
MagikaHang KasturiPenampilan khas bersama Senario
NgangkungDr. Atha
2011Senario The Movie Ops PocotAzlee
2012NongkrongBomoh Ulik Mayang
XBapa Zai
2016Lu Mafia Gua GangsterDoktor
2020Syif Malam RayaTok Said
202110 Tips Tipu BiniDato' Dean
Jangan Takut: Kau Takut Aku Pun TakutTok Bomoh
Kampung Latah Kena KuarantinTok Penghulu
Rumah Madu Ku BerhantuAli
2022Jaga-Jaga SenariounionAzlee
ZaaraHashim
2023Sumpahan SyaitanAbu
Sue-OnYB Li
Misteri Roh Pulau Penunggu
2024Saka PerawanPak Budin
TBASenario The LegendDalam perancangan
MusytariDalam perancangan

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2003Phua Chu Kang (Musim 6)Dirinya sendiriMediacorp Saluran 5Episod: "Senario Terburuk"
2006Sembilu KasihAzleeTV3
2009Jangan Pandang Belakang Congkak The SeriesPak MorAstro Warna
2017JoyahAzliTV9
2018Ramadan dan HamdanTuan AzleeTV3
2019Aku Tak RayaDirinya sendiriPenampilan khas
2022Anak Beranak Abe YieAbe Yie
2023Misi SeramediTok KetuaTV Okey
2024Otai@KolejMahmodTV1
Suami RayaSuriaDrama pendek

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TV
2003Senario: Musang BerjanggutTV3
2010Senario: Ejen 003
2013Senario: Misteri Malam Raya
2015Akhil Yang BakhilPak JaliTV9
2019Kau, Aku, Hantu RayaPak UsopTV2
2022Sejenis Raya SenariounionAzlan / AzleeAstro Warna

Televisyen

TahunTajukPerananSaluran TV
1996–2013SenarioPelbagai watakTV3
2014Dalang PrankArtis jemputanAstro Warna
2016Sembang Pacak (Musim 1)Pengacara bersama Along Cham
2021Riuh Family 2Dirinya sendiri bersama keluargaAwesome TV
Havoc Nak RayaDirinya sendiri bersama ahli kumpulan SenarioTV3
2022-2023Gelanggang Awesome Raja LawakTetamu UndanganAwesome TV
2023Kampung SenariuhPak Azlee

Peserta

TahunTajukKumpulanCatatan
1995Sinaran Pasport KegemilanganAA Wow
2015Juara Parodi 2015Senamanbersama Lan Pet Pet & Firman
2019Maharaja Lawak Mega 2019Stonebersama Mamat Sepah & Acong Sweetchild
2021Gema Lawak SuperstarRembatbersama Wan Gegau & PU Amin
Maharaja Lawak Mega 2021Otaibersama Acong Sweetchild & Ieda Moin

Videografi

Muzik video

TahunTajukUntuk
2024"Lebaran Menjelma"Suria

Anugerah dan pencalonan

Rujukan

Pautan luar