Asyraf Aley

Asyraf Aley (Asyraf Ali bin Sharifuddin Ali; 16 Jun 1994) merupakan seorang pelakon baharu lelaki di Malaysia dan mula dikenali melalui drama Meh Sandar Pada Aku pada Februari 2017 yang ditayangkan di Slot Akasia TV3. Memegang watak sebagai Syed Emir, sepupu kepada Syed Nadzhan lakonan Alif Aziz bersama Tasneem lakonan Mira Filzah. Beliau kemudian muncul sekali lagi dalam drama Jejak Karmila yang ditayangkan di slot Zehra TV3. Memegang watak sebagai Syed Haikal gandingan bersama Ruhainies dan Mia Ahmad. . Beliau juga kini muncul dalam drama Rindu Yang Terlarang di Astro Ria bersama Fikry Ibrahim dan Zahirah MacWilson.

Asyraf Aley
Kelahiran
Asyraf Ali bin Sharifuddin Ali

(1994-06-16) 16 Jun 1994 (umur 30)
WarganegaraMalaysia Malaysia
PekerjaanPelakon, Model
Tahun aktif2017-2019
PasanganWardina Anuar(k.2020)

Kehidupan peribadi

Asyraf Aley yang merupakan graduan sarjana muda Perhubungan Awam dan Pemasaran di Taylors Lakeside University memulakan kariernya sebagai model dimana beliau memenangi tempat ketiga pertandingan Him by Hatta pada tahun 2014. Beliau kemudiannya aktif dalam bidang modeling selama tiga tahun sebelum beliau menceburi bidang lakonan. Memulakan karier lakonan pada tahun 2017, drama pertamanya Meh Sandar Pada Aku beliau digandingkan bersama Mira Filzah dan Alif Aziz.

Pada penghujung 2018, beliau dikatakan diminta untuk bekerja dalam perniagaan keluarganya. Justeru, beliau mengambil keputusan untuk berehat dari industri lakonan dan menceburi bidang perniagaan. Lakonan terakhir beliau ialah telemovie berjudul Syukur Syawal gandingan bersama Farid Kamil.

Pada Jun 2020, Asyraf selamat bernikah dengan gadis pilihan hatinya, iaitu seorang model hijab bernama Wardina Anuar. Mereka bertemu dalam suatu acara di Indonesia dimana Asyraf melamar Wardina setelah pulang ke Malaysia. Meskipun majlis mereka berlangsung semasa PKPB, namun mereka tetap mematuhi SOP bagi menggelakkan penularan Covid-19.[1]

Kontroversi

Beliau pernah digosipkan bercinta bersama Ruhainies lantaran kerap dilihat di beberapa acara bersama dan memuat naik foto di laman instagram. Bagaimanapun isu tersebut dinafikan oleh mereka yang mengatakan ianya hanyalah untuk mempromosikan drama lakonan mereka bersama di slot Zehra TV3 berjudul Jejak Karmila.

Filemografi

Drama

TahunTajukPerananSaluran
2017Jejak KarmilaSyed HaikalTV3
Meh Sandar Pada AkuSyed EmirTV3
2019Rindu Yang TerlarangRaja AzaliAstro Ria

Telefilem

TahunTajukPerananSaluran
2017Syukur SyawalSyawal

Pencapaian

Rujukan