Asid alfa-ketoglutarik

Asid alfa-ketoglutarik (asid 2-oksoglutarik) ialah asid keto.

Asid alfa-ketoglutarik[1]
Nama
Nama IUPAC pilihan
Asid 2-oksipentanadioik
Nama lain
Asid oksoglutarik
Pengecam
Imej model 3D Jmol
ChEBI
ChemSpider
DrugBank
ECHA InfoCard100.005.756
KEGG
MeSHalpha-ketoglutaric+acid
UNII
  • InChI=1S/C5H6O5/c6-3(5(9)10)1-2-4(7)8/h1-2H2,(H,7,8)(H,9,10) ☑Y
    Key: KPGXRSRHYNQIFN-UHFFFAOYSA-N ☑Y
  • InChI=1/C5H6O5/c6-3(5(9)10)1-2-4(7)8/h1-2H2,(H,7,8)(H,9,10)
    Key: KPGXRSRHYNQIFN-UHFFFAOYAN
  • O=C(O)C(=O)CCC(=O)O
Sifat
C5H6O5
Jisim molar146.10 g·mol−1
Takat lebur 115 °C (239 °F; 388 K)
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa).
 ☑Y pengesahan (apa yang perlu☑Y/N?)
Rujukan kotak info

Karboksilatnya, alfa-ketoglutarat (juga dipanggil 2-oksoglutarat), ialah sebatian biologi yang penting. Ia dihasilkan melalui deaminasi glutamat, dan merupakan molekul perantara dalam kitaran Krebs.

Istilah "asid ketoglutarik", apabila tidak dikhususkan, hampir selalu merujuk kepada jenis alfa. Asid β-ketoglutarik hanya berbeza mengikut kedudukan kumpulan berfungsi keton, dan lebih jarang ditemui.

Fungsi

Alanina transaminase

Enzim alanina transaminase menukarkan α-ketoglutarat dan L-alanina kepada L-glutamat dan piruvat, masing-masing sebagai proses boleh balik.[perlu rujukan]

Kitaran Krebs

α-Ketoglutarat ialah molekul perantara utama dalam kitaran Krebs, dan datang selepas isositrat, dan sebelum suksinil KoA. Tindak balas anaplerotik boleh mengisi semula kitaran pada persimpangan ini dengan mensintesis α-ketoglutarat daripada transaminasi glutamat, atau melalui tindakan glutamat dehidrogenase terhadap glutamat.[perlu rujukan]

Pembentukan asid amino

Glutamina disintesis daripada glutamat oleh glutamina sintetase yang menggunakan adenosina trifosfat untuk membentuk glutamil fosfat; molekul perantara ini diserang oleh ammonia sebagai nukleofil yang memberi glutamina dan fosfat bukan organik. Prolina, arginina dan lisina (dalam sesetengah organisma) ialah asid amino lain yang disintesis juga.[2] Ketiga-tiga asid amino ini berasal daripada glutamat dengan penambahan langkah atau enzim selanjutnya untuk memudahkan tindak balas.[3]

Pengangkut nitrogen

Fungsi lain adalah untuk bergabung dengan nitrogen yang dilepaskan dalam sel untuk mencegah lebihan nitrogen.[4]

α-Ketoglutarat adalah salah satu pengangkut nitrogen yang paling penting dalam laluan metabolisme. Kumpulan amino asid amino dilekatkan padanya (melalui transaminasi), dan dibawa ke hati, di mana kitaran urea berlaku.[5]

α-Ketoglutarate ditransaminakan bersama dengan glutamina untuk membentuk neurotransmiter penguja, glutamat. Glutamat kemudiannya boleh dinyahkarboksilkan (dengan vitamin B6) menjadi neurotransmiter perencat, asid gama-aminobutirik.[6]

Ada laporan bahawa ammonia yang tinggi dan/atau paras nitrogen yang tinggi mungkin berlaku dengan pengambilan protein yang tinggi, pendedahan aluminium yang berlebihan, sindrom Reye, sirosis dan gangguan kitaran urea.[7]

Ia memainkan peranan dalam penyahtoksifikan ammonia dalam otak.[8][9][10]

Antioksidan

α-Ketoglutarat yang dikeluarkan oleh beberapa jenis sel mengurangkan tahap hidrogen peroksida, dan α-ketoglutarat telah habis dan ditukar kepada suksinat dalam media kultur sel.[11]

Sumplemen

Pemanjangna umur

Kajian telah mengaitkan α-ketoglutarat dengan peningkatan jangka hayat dalam cacing nematod[12] dan tikus.[13][14][15]

Kawal atur imun

Satu kajian menunjukkan bahawa dalam keadaan kekurangan glutamin, α-ketoglutarat menggalakkan pembezaan sel T CD4+ naif kepada TH1 sambil menghalang pembezaan mereka kepada sel Treg antiradang.[16]

Kofaktor enzim

α-Ketoglutarate telah ditunjukkan sebagai kofaktor untuk demetilase dengan domain Jumonji C (JmjC).[17][18]

Pengeluaran

α-Ketoglutarat boleh dihasilkan oleh:

Rujukan