Arni Nazira

(Dilencongkan dari Arni Nazira Anuar)

Arni Nazira Anuar (lahir 22 Julai 1978) merupakan seorang bekas penyanyi wanita Malaysia yang digilap bakatnya menerusi pertandingan Asia Bagus pada tahun 1996.

Arni Nazira
Nama lahirArni Nazira binti Anuar
Juga dikenali sebagai
Arni
Kelahiran (1978-07-22) 22 Julai 1978 (umur 45)
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
GenrePop
PekerjaanPenyanyi, pelakon
InstrumenVokal
Tahun aktif1996–2007, 2022–kini
Syarikat rakaman
Pony Canyon (1996–1999)

Kerjaya

Album sulungnya berjudul Cinta Antara Benua diterbitkan pada tahun 1997. Menerusi album itu, Arni menerima pencalonan Anugerah Industri Muzik ke-5 bagi kategori Artis Baru Wanita Terbaik. Kemudiannya Arni menceburi bidang lakonan iaitu filem Nafas Cinta pada tahun 1998 dan Bara (1999).

Kehidupan peribadi

Arni mendirikan rumahtangga dengan penyanyi rock dan pelakon terkenal, Awie pada 10 Disember 1998 di Teluk Baru, Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang. Mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan yang lahir pada tahun 2001 dan 2003.[1]

Perkahwinan tersebut berakhir pada 16 Oktober 2006 apabila Awie mengaku berkahwin dengan Rozana Misbun, adik kepada Haliza Misbun di Thailand pada tahun 2005.[2]

Arni bertemu jodoh kali kedua pada tahun 2009 dengan rakan sekolahnya dan kini bahagia bersama tiga cahaya mata.[3]

Diskografi

Album studio

Single

  • "Cinta Antara Benua"
  • "Kasih Yang Terpendam"

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakNota
1998Nafas CintaZurinaFilem pertama
1999BaraArni

Drama

TahunTajukWatakNota
1997Cinta Antara BenuaArniPenampilan khas
2007Tidak Pernah Ku SesaliHanim

Pencapaian

TahunAcaraKategoriKarya dicalonkanKeputusan
1998Anugerah Industri Muzik ke-5Artis Baru Terbaik (Wanita)Tercalon

Rujukan

Pautan luar