Anugerah MeleTOP Era 2020

Anugerah MeleTOP ERA 2020 (#AME2020) merupakan anugerah anjuran rancangan hiburan MeleTOP dan radio ERA. Anugerah ini mengiktiraf pemenang menerusi undian peminat-peminat dan merupakan kesinambungan kepada penganjuran Anugerah Era dengan menggunakan tema "Yang Epik, Yang Legend".[1][2] Pada mulanya dijadual untuk diadakan pada 12 April 2020, namun ditangguhkan berikutan penularan pandemik COVID-19 di Malaysia.[3] AME2020 berlangsung secara rasmi pada 20 Disember 2020.[4]

Anugerah MeleTOP ERA 2020
PenghargaanPelakon, Penyanyi, Personaliti Media Sosial
PenajaERA
Tarikh20 Disember 2020
LokasiPusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya
NegaraMalaysia
PengacaraJihan Muse
Nabil Ahmad
Zizan Razak
Anugerah pertama2014
Kini dipegang oleh
Laman web rasmiLaman web rasmi
Liputan televisyen/radio
Rangkaian
Tempoh tayanganKira-kira 3 jam
Diterbitkan olehRaqim Ahmad Ramli

Gambaran keseluruhan

Terdapat sebanyak 15 kategori yang dipertandingkan dengan tambahan 3 kategori iaitu Artis TOP TOP MeleTOP (Lelaki & Perempuan) & Artis TOP TOP MeleTOP Grup/Duo. Peminat boleh mengundi secara dalam talian melalui laman web rasmi, khidmat pesanan ringkas (SMS) ataupun melalui aplikasi SYOK. Menariknya edisi tahun ini, anjuran AME2020 buat pertama kalinya disiarkan secara langsung dalam format 4K Ultra HD (4K UHD).[5]

Talian undian fasa pertama untuk menyenarai pendek calon 5 terbaik daripada 20 pencalonan awal yang telah tersenarai dibuka kepada orang ramai. Bagi pusingan ini, orang ramai diberi pilihan untuk mengundi calon-calon kegemaran mereka untuk 15 buah kategori melalui dua cara iaitu menerusi talian undian secara online ataupun menerusi aplikasi SYOK yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store dan Google Play Store mulai 29 Januari 2020. Pada edisi ke-7 kali ini, terdapat sedikit kelainannya kerana ia menggugurkan 3 kategori terdahulu iaitu Program Radio MeleTOP, Penyampai Radio MeleTOP dan Artis Lawak MeleTOP. Ia digantikan dengan 3 kategori baharu iaitu Artis Versatil MeleTOP SYOK, Influencer MeleTOP SYOK dan TOP TOP MeleTOP (Grup/Duo). Pengguguran 3 kategori itu adalah untuk memberi laluan kepada 3 kategori baharu yang diwujudkan dan memberi laluan kepada 3 kategori baharu yang lebih relevan dan sejajar dengan industri hiburan tempatan.[6] Ekoran penularan pandemik COVID-19 dan arahan pihak kerajaan untuk menghentikan atau menunda semua aktiviti perhimpunan berskala besar, AME 2020 yang pada awalnya dijadualkan akan berlangsung pada 12 April 2020, telah ditunda ke tarikh baru, iaitu pada 20 Disember 2020 sebagai pengganti program Gegar Vaganza (musim 7) yang telah ditamatkan siaran di Astro Ria pada 13 Disember 2020.

Alif Satar mengumumkan telah menarik diri sebagai hos Anugerah MeleTOP Era 2020 dan digantikan oleh Zizan Razak.[7]

Pemenang dan calon-calon

Sumber:[8]

Anugerah

Pemenang disenaraikan terlebih dahulu. Kemudian, pemenang akan diserlahkan dalam teks tebal, dan ditandakan dengan pisau berganda ( ).

Lagu MeleTOP ERA
Penyanyi MeleTOP ERA
Grup/Duo MeleTOP ERA
Hos MeleTOP
Drama MeleTOP
Pelakon MeleTOP
Program MeleTOP
Artis Baharu MeleTOP
Artis Versatil MeleTOP SYOK
Influencer MeleTOP SYOK
Couple MeleTOP
Si Cilik MeleTOP
Filem MeleTOP
Bintang Filem MeleTOP

Anugerah Khas

Top Top Lelaki MeleTOP
Top Top Wanita MeleTOP
Top Top Grup/Duo MeleTOP
Anugerah Khas MeleTOP
Anugerah Wira MeleTOP

Artis Pelbagai Pencalonan dan Anugerah

Artis Yang Menerima Beberapa Pencalonan
Jumlah PencalonanArtis
4Siti Nordiana

Mira Filzah

Alif Satar (1 pencalonan bersama Shadila Hadid)

3K-Clique (2 pencalonan bersama Alif)
2Floor 88

Syafiq Kyle

Haqiem Rusli

Zizan Razak

Khai Bahar

Jihan Muse

Hairul Azreen (1 pencalonan bersama Hanis Zalikha )

Alif (Pencalonan bersama K-Clique)

Artis Yang Menerima Beberapa Anugerah
Jumlah AnugerahArtis
4Siti Nordiana
3Haqiem Rusli
2Hanis Zalikha & Hairul Azreen


Penyampai

Nom.Nama ArtisMenyampai Anugerah
1Radin, Cik Manggis dan Rizman RuzainiFesyen MeleTOP
2Ayda Jebat dan Nabil MahirHos MeleTOP, Couple MeleTOP dan Si Cilik MeleTOP
3janna Nick, Danial Zaini dan Hun HaqeemArtis Baharu MeleTop dan Influencer MeleTOP
4Cik B, Noki (K-Clique) dan RadinProgram MeleTOP dan Artis Versetail MeleTOP
5Syafiq Kyle, Siti Nordiana dan Cik Puan Juliana EvansDrama MeleTOP dan Pelakon MeleTOP
6Kamal Adli dan Uqasha SenroseGrup/Duo MeleTOP, Penyanyi MeleTOP dan Lagu MeleTOP

Kontroversi

Pencalonan awal bagi kategori Influencer MeleTOP SYOK mendapat reaksi negatif netizen apabila mereka yang tidak berpuas hati dimana ada antara calon-calon dalam kategori tersebut tidak layak diletakkan sebaris dengan selebriti media sosial yang lain. Pencalonan dua tokoh terkenal iaitu Dr. Nur Amalina Che Bakri & Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, bagi kategori tersebut adalah sangat tidak wajar memandangkan taraf dan sumbangan mereka berdua terhadap masyarakat dan negara dianggap tidak setanding, yakni jauh lebih tinggi dengan calon-calon yang lain.[9]

Selain itu, babak pelamaran yang dilakukan oleh Kamal Adli terhadap Uqasha Senrose ketika siaran langsung anugerah turut menjadi perbualan dan pertikaian memandangkan perlakuan melamar kahwin secara terang-terangan seperti dalam masyarakat Barat tidak termasuk dalam norma budaya masyarakat Islam tempatan.[10][11]

Rujukan

Pautan luar