Anjing kacuk Alentejo

baka anjing dari Portugal

Anjing kacuk Alentejo atau rafeiro Alentejo[a] ialah satu baka anjing penjaga haiwan ternakan Portugal. Ia dinamai sempena kawasan asal usulnya, Alentejo, di Portugal selatan.[2]:33 Ia diiktiraf oleh Clube Português de Canicultura,[3] dan diterima secara muktamad oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1954.[1]

Anjing kacuk Alentejo
Anjing kacuk Alentejo jantan
Nama lainRafeiro Alentejo
Negara asalPortugal
Trait
BeratJantan45–60 kilogram (99–132 lb)[1]
Betina35–50 kilogram (77–110 lb)[1]
TinggiJantan66–74 sentimeter (26–29 in)[1]
Betina64–70 sentimeter (25–28 in)[1]
Bulupendek hingga sederhana panjang; lurus, tebal, padat
Warnakuning, perang kekuning-kuningan, brindle, kelabu serigala, atau hitam - sentiasa dengan tanda-tanda putih
Anjing (Canis lupus familiaris)

Sejarah

Anjing jenis ini secara tradisional digunakan untuk melindungi kawanan semasa pindah ternak dua kali setahun ke padang ragut musim panas di pergunungan dan kemudian kembali ke penara Alentejo untuk musim sejuk.[4] Sejak lewat abad kesembilan belas, ia telah dikenali sebagai Rafeiro do Alentejo ("anjing kacuk Alentejo").[4] Pada tahun 1954, baka ini telah diterima secara muktamad oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa.[1]

Sebuah kelab baka, iaitu Associação dos Criadores do Rafeiro do Alentejo ("Persatuan Pembiak Baka Anjing Kacuk Alentejo"), ditubuhkan pada tahun 1994 sebagai pengganti kepada sebuah kelab terdahulu, Clube Português do Rafeiro do Alentejo ("Kelab Anjing Kacuk Alentejo Portugal").[5][6]

Seekor anjing baka ini bernama Bobi disahkan oleh Rekod Dunia Guinness sebagai anjing tertua yang pernah hidup, dengan umur 30 tahun dan 226 hari pada 1 Februari 2023.[7][8] Ia mati pada usia 31 tahun dan 165 hari pada 21 Oktober 2023.[9][10]

Ciri

Rafeiro ialah anjing besar yang lebih panjang sedikit berbanding dengan ketinggiannya dengan dada lebar. Kepalanya besar; matanya kecil dan gelap, telinganya kecil, berbentuk segi tiga, dan tergantung. Lapis bulunya padat dan lurus dan pendek atau sederhana panjang. Ia mungkin hitam, perang kekuning-kuningan, kelabu serigala, atau kuning, sama ada brindle atau tidak, tetapi sentiasa dengan tanda-tanda putih; atau mungkin bertanda putih dengan warna-warna ini.[4] Lapis bulunya tidak setebal lapis bulu pada anjing pastoral lain seperti anjing Tatra Poland.[11]

Catatan

Rujukan