Angka Abjad

Abjad Arab
هـ
Sejarah · Transliterasi
Harakat · hamzah ء
Angka · Perangkaan

Angka Abjad ialah sistem angka perpuluhan yang memberikan nilai angka kepada 28 huruf abjad Arab. Sistem ini telah lama digunakan di dunia Arab, lama sebelum pengenalan angka Arab pada abad ke-8. Dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu moden, perkataan ʾabjadiyyah dan abjad digunakan secara umum, merujuk kepada semua jenis set huruf terselaras.

Sistem angka
Sistem angka Hindu-Arab
Arab barat
Arab timur
Burma
India
Khmer
Mongol
Thai
Angka Asia timur
Batang pembilang
Cina
Jepun
Korea
Suzhou
Vietnam
Angka abjad
Abjad
Armenia
Āryabhaṭa
Cyril
Ge'ez
Ibrani
Yunani (Ionia)
Sistem lain
Aegean
Attic
Babylon
Brahmi
Etruscan
Inuit
Maya
Mesir
Quipu
Rom
Sumeria
Urnfield
Sistem kedudukan dengan asas
Perpuluhan (10)
1, 2, 3, 4, 5, 6, 8, 12, 16, 20, 30, 36, 60

Dalam sistem Abjadi, huruf pertama abjad Arab, alif (ﺍ) , digunakan untuk mewakili 1; huruf kedua, ba (ﺏ) digunakan untuk mewakili 2, dan seterusnya. Ada juga huruf yang mewakili gandaan 10 dan 100: contohnya Ya (ي) untuk 10, Kaf (ك) untuk 20, Qaf (ق) untuk 100, dan seterusnya.

Nama "abjad" (أبجد) adalah berasal dari empat huruf pertama abjad Phoenicia, abjad Aramia, abjad Ibrani, dan yang sekeluarga dengannya. Bagaimanapun, kesemua abjad-abjad purba ini hanya mengandungi 22 huruf, dan berhenti pada huruf Ta, yang bernilai angka 400. Sistem abjadi Arab berterusan dari sini, dengan huruf yang tak dijumpai dalam abjad lain:Sa (ث) yang bernilai 500 dan seterusnya.

Susunan Abjadi

Susunan Abjadi dalam abjad Arab mempunyai dua variasi yang sedikit berbeza. Susunan Abjadi tidak mewarisi susunan abjad Semitik utara, kerana walaupun ia memiliki satu tempat yang sama dengan huruf Aramia samekh/semkat (ס), tiada huruf abjad Arab yang diadaptasi dari huruf tersebut. Ketiadaan samekh telah digantikan dengan pembahagian huruf Shin (ש) semitik kepada dua huruf Arab yang berlainan, syin (ش) dan sin () yang diletakkan di tempat samekh.


1) Susunan Abjadi yang biasa adalah seperti berikut:

غظضذخثتشرقصفعسنملكيطحزوهدجبا
ghdhkhthtshrqfsnmlkyzwhdjbā

Susunan di atas biasa divokalkan seperti berikut:

  • ʼabǧad hawwaz ḥuṭṭī kalaman saʻfaṣ qarašat ṯaḫaḏ ḍaẓaġ.

Vokalisasi yang lain ialah:

  • ʼabuğadin hawazin ḥuṭiya kalman saʻfaṣ qurišat ṯaḫuḏ ḍaẓuġ

2) Susunan Abjadi lain yang mungkin lebih tua tetapi kini hanya digunakan di Maghreb ialah:[1]

شغظذخثتسرقضفعصنملكيطحزوهدجبا
shghdhkhthtsrqfnmlkyzwhdjbā

Yang boleh divokalkan seperti berikut:

  • ʼabuğadin hawazin ḥuṭiya kalman ṣaʻfaḍ qurisat ṯaḫuḏ ẓaġuš

Kamus-kamus moden dan buku-buku rujukan tidak lagi menggunakan susunan abjadi secara abjad; sebaliknya, susunan baru yang dipanggil hijāʼī (هجائي) (huruf-huruf dikumpulkan mengikut kesamaan bentuk) digunakan:

يوهنملكقفغعظطضصشسزرذدخحجثتبا
ywhnmlkqfghshszrdhdkhjthtbā

Jenis susunan lain alfabaʼī yang digunakan secara meluas dalam Maghreb sehingga baru-baru ini, telah ditukarkan kepada susunan Mashriqi:[1]

يوهشسقفغعضصنملكظطزرذدخحجثتبا
ywhshsqfghnmlkzrdhdkhjthtbā

Kamus Parsi menggunakan susunan yang sedikit berbeza , di mana و datang sebelum ه‍ bukan selepasnya.

Penggunaan sistem Abjad

Sebelum pengenalan sistem angka Hindu-Arab, nombor-nombor Abjad digunakan untuk segala tujuan Matematik. Dalam bahasa Arab moden, ia digunakan khusus untuk penomboran senarai kerangka, senarai bahan-bahan, dan senarai maklumat penting. Dalam bahasa Inggeris, senarai maklumat penting biasanya ditanda dengan "A", "B", dan "C" (atau mungkin juga dengan angka Rumi: I, II, III, IV), sementara di dalam bahasa Arab, ia ditanda dengan "أ‎", "ب‎" dan "ج‎", yang mengikut bunyi dari abjad Rumi, bukan mengikut susunan hijāʾī moden.

Nombor Abjad juga digunakan untuk menetapkan nilai angka bagi perkataan Arab untuk tujuan numerologi. Frasa Islam yang terkenal بسم الله الرحمن الرحيم bismillāhirraḥmānirraḥīm ("dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang" – lihat Bismillah) memiliki nilai angka 786 (diperolehi dari nilai angka terkumpul untuk semua huruf 2+60+40+1+30+30+5+1+30+200+8+40+50+1+30+200+8+10+40), dan perkataan "Allah" الله itu sendiri mempunyai nilai angka 66 (1+30+30+5).

Nilai untuk huruf

NilaiHurufNamaTransliterasi
1اalifā / ʼ
2بbāʼb
3جjīmj
4دdāld
5هhāʼh
6وwāww / ū
7زzayn/zāyz
8حḥāʼ
9طṭāʼ
    
NilaiHurufNamaTransliterasi
10ىyāʼy / ī
20كkāfk
30لlāml
40مmīmm
50نnūnn
60سsīns
70عʻaynʻ
80فfāʼf
90صṣād
    
NilaiHurufNamaTransliterasi
100قqāfq
200رrāʼr
300شshīnsh
400تtāʼt
500ثthāʼth
600خkhāʼkh
700ذdhāldh
800ضḍād
900ظẓāʼ
1000غghayngh

Beberapa daripada nilai-nilai berangka adalah berbeza bagi Abjad alternatif. Bagi empat huruf Parsi, nilai berikut digunakan:[perlu rujukan]

NilaiHurufNamaTransliterasi
2پpap
3چčimč
7ژžež
20گgafg

Sistem yang sama

Angka Abjad adalah sama dengan angka Ibrani sehingga 400. Sistem angka Ibrani dikenali dengan nama Gematria dan digunakan dalam teks dan numerologi Kabbalah. Sepertimana angka Abjad, ia digunakan pada zaman moden untuk penomboran senarai kerangka dan maklumat utama, termasuklah enam hari pertama dalam seminggu. Angka Yunani berbeza dengan angka Abjad dalam beberapa perkara (contohnya tiada huruf yang sama untuk ص, ṣād dalam abjad Yunani), bagaimanapun sistem yang memiliki 27 huruf ini juga masih lagi digunakan untuk penomboran senarai.

Lihat juga

Pautan luar

Rujukan