Andrew Robertson

pemain bola sepak

Andrew Robertson (lahir 11 Mac 1994) adalah merupakan pemain bola sepak profesional dari Scotland yang bermain sebagai bek kiri untuk kelab daripada Liga Perdana Inggeris, Liverpool dan kapten pasukan bola sepak kebangsaan Scotland.

Andrew Robertson
Maklumat peribadi
Nama penuhAndrew Henry Robertson[1]
Tarikh lahir (1994-03-11) 11 Mac 1994 (umur 30)[2]
Tempat lahirGlasgow, Scotland
Ketinggian5 kaki 10 inci (1.78 m)[3]
Posisi permainanBek kiri
Maklumat kelab
Kelab terkini
Liverpool
Nombor26
Kerjaya remaja
0–2009Celtic
2009–2012Queen's Park
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2012–2013Queen's Park34(2)
2013–2014Dundee United36(3)
2014–2017Hull City99(3)
2017–Liverpool201(8)
Pasukan kebangsaan
2013–2015Scotland B214(0)
2014–Scotland66(3)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 24 September 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 12 September 2023 (UTC)

Robertson memulakan karier seniornya bersama Queen's Park pada 2012 sebelum menyertai Dundee United pada tahun berikutnya. Pencapaian pada musim pertamanya sebagai pemain bola sepak profesional telah menyebabkan beliau dinamakan dalam anugerah Pemain Muda Tahunan SPFA dan juga melakukan penampilannya dalam aksi antarabangsa. Beliau menyertai Hull City pada Julai 2014 dengan harga £2.85 juta sebelum menyertai Liverpool pada Julai 2017 dengan harga klausa yang dipercayai bernilai £8 juta. Beliau muncul dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA secara berturut-turut dalam dua musim pertamanya dan berjaya memenanginya pada 2019. Atas pencapaian aksinya dalam musim Liga Perdana Inggeris 2018-19, beliau telah dinamakan dalam anugerah Pasukan Tahunan PFA.

Robertson melakukan penampilan penuh antarabangsanya untuk Scotland pada Mei 2014 dan dilantik sebagai kapten Scotland pada September 2018.

Kehidupan awal dan karier

Robertson telah dilahirkan di Glasgow dan merupakan penyokong cilik Celtic.[4] Ayahnya Brian, dipanggil sebagai 'Pop' yang menetap di kawasan Maryhill (khususnya estet Wyndford di mana beliau merupakan rakan pada zaman kanak-kanak kepada pemain bola sepak, iaitu Jim Duffy dan Charlie Nicholas),[4] adalah seorang pemain amateur walaupun kecederaan tulang belakang yang dialami telah menyebabkan beliau untuk memakai pendakap belakang dan menghalangnya daripada menjadikan sukan sebagai kerjaya.[4]

Beliau bersekolah di Sekolah Tinggi St Ninian's, Giffnock, Renfrewshire Timur dari 2006 hingga 2012 di mana beliau menjadi kapten pasukan bola sepak untuk sekolahnya. Beliau juga bermain untuk Giffnock Soccer Centre dan menyertai Celtic sebagai pemain muda tetapi dilepaskan pada peringkat bawah 15 tahun kerana mempunyai tubuh yang terlalu pendek.[5] Beliau kemudiannya menyertai pasukan Queen's Park.[4]

Karier kelab

Queen's Park

Dalam fokusnya terhadap pembelajaran, Robertson telah menyambung pengajiannya di universiti dalam peringkat ijazah muda sebelum beliau dipanggil ke dalam skuad utama Queen’s Park pada permulaan musim 2012-13. Beliau telah melakukan penampilannya dalam Piala Cabaran Scotland dengan kemenangan dalam penentuan sepakan penalti menentang Berwick Rangers[6] dan telah berjaya melakukan penampilannya berjumlah empat puluh penampilan dalam musim tersebut[7] serta membantu kelabnya memperoleh tempat ketiga dalam helping the club to a third-place finish in the Divisyen Tiga Scotland. Beliau memperoleh gol pertamanya untuk kelab yang berakhir dengan kekalahan 2-1 ke atas East Stirlingshire pada 13 November 2012.[7]

Dundee United

Robertson menyertai kelab daripada Liga Perdana Scotland, Dundee United bersama rakan sepasukannya dari Queen’s Park, Aidan Connolly pada 3 Jun 2013;[8] beliau mendapat tempat dalam skuad utama setelah Barry Douglas berpindah ke kelab lain setelah tiga tahun bersama kelab dari Scotland ini.[9] Apabila kelabnya mengabaikan permintaan mereka terhadap pembayaran pemindahan Douglas, Queen's Park (sebuah kelab amateur) telah melakukan lebih banyak protes terhadap pemain prospek yang berpindah ke United tanpa tujuan dan akhirnya bersetuju terhadap peratusan perpindahan pemain pada akan datang yang kemudiannya membuahkan hasil.[10]

Robertson kemudiannya menjadi sebahagian daripada pelan utama pengurusnya, Jackie McNamara dalam skuad utama dan melakukan penampilannya untuk kelab pada hari permulaan musim dengan memperoleh keputusan seri 0-0 menentang Partick Thistle. Pada 22 September 2013, Robertson menjaringkan gol pertamanya untuk Dundee United yang berakhir dengan keputusan seri 2-2 menentang Motherwell.[11] Beliau berlari daripada separuh kawasan sendirinys sebelum melakukan sepakan kaki kiri rendahnya ke dalam gawang gol dengan jarak sejauh 22 meter.[12] Setelah itu, beliau bersetuju untuk menyambung kontrak barunya bersama United sehingga Mei 2016.[13] Beliau telah diundi sebagai Pemain Muda Bulanan SPFL pada September 2013 dan pemain bulanan pada November 2013. [14] Pada 12 April 2014, Robertson bermain dalam separuh akhir Piala Scotland menentang Rangers di Ibrox, di mana United menang 3–1.[15] Pada April 2014, Robertson memenangi anugerah Pemain Muda Tahunan PFA Scotland[16][17] dan juga telah dinamakan dalam anugerah Pasukan Tahunan PFA Scotland dalam Liga Perdana Scotland 2013-14.[18]

Hull City

Robertson bermain untuk Hull City pada 2015

Pada Julai 2014, Dundee United menerima tawaran sebanyak £2.85 juta untuk Robertson daripda kelab Liga Perdana Inggeris, Hull City.[19] Perpindahan tersebut telah dilengkapkan pada 29 Julai apabila Robertson menyertai Hull dengan kontrak selama tiga tahun.[20] Ketua pemerhati pemain luar untuk perpindahan Hull City, Stan Ternent telah mengatakan, "Saya telah melihat terhadap keupayaan Stuart Armstrong tetapi (Robertson) adalah seorang pemain yang lebih berupaya. Beliau mempunyai sejarah bersama Celtic dan beliau sentiasa mempunyai keazaman yang tinggi dengan bagaimana beliau pulih daripada kecederaanya. Anda boleh melihat secara terus kerana beliau mempunyai keupayaan dan beliau mampu untuk menjadi lebih baik.”[21]

Beliau melakukan penampilan kompetitifnya pada hari permulaan musim dengan memperoleh kemenangan di tempat lawan 1-0 menentang QPR.[22] Robertson dengan segera menetap di Hull dan memulakan kehidupannya di Hull serta memenangi anugerah Pemain Bulanan kelab pada Ogos 2014.[23] Beliau telah melakukan penampilannya sebanyak 24 penampilan pada musim tersebut di Stadium KC tetapi tidak dapat mengelakkan kelabnya daripada tersingkir ke Liga Kejohanan Inggeris.[24]

Walaupun telah melepaskan beberapa pemain utama, Robertson mengambil keputusan untuk bersama dengan City. Gol pertamanya untuk kelab dihasilksn pada 3 November 2015 di mana beliau telah membuka jaringan dengan keputusan berakhir dengan kemenangan di tempat lawan 2-0 menentang Brentford yang meletakkan Hull di puncak kedudukan Liga Kejohanan melalui perbezaan gol.[25] Beliau bermain dalam started the perlawanan Akhir Kalah Mati Liga Kejohanan 2016 menentang Sheffield Wednesday di mana Hull menang 1–0 untuk memastikan kelayakan mereka dalam Liga Perdana Inggeris.[26] Pasukan hanya bermain untuk semusim sahaja dalam liga peringkat tertinggi sebelum tersingkir semula daripada saingan Liga Perdana Inggeris.[24]

Liverpool

Robertson bermain untuk Liverpool dalam Perlawanan Akhir Liga Juara-Juara UEFA 2018

Pada 21 Julai 2017, Robertson menyertai Liverpool dengan harga klausa bernilai £8 juta.[27][28] Pada 19 Ogos, beliau melakukan penampilannya dengan memperoleh kemenangan 1-0 ke atas Crystal Palace[29] dan memenangi anugerah Pemain Terbaik dalam Perlawanan.[30] Robertson memulakan musim 2017-18 sebagai pemain pengganti Alberto Moreno tetapi telah mendapat lebih banyak aksi permainan setelah pemain Sepanyol tersebut menghadapi kecederaan pada Disember. Aksi permainannya dalam kemenangan 4-3 menentang pendahulu liga Manchester City pada 14 Januari telah mendapat pujian daripada penyokong Liverpool.[31] Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk kelab pada hari perlawanan terakhir liga pada musim 2017-18 menentang Brighton & Hove Albion dengan memperoleh kemenangan 4-0.[32]

Spekulasi telah dilihat bahawa Andy Robertson telah mengisytiharkan dirinya sebagai salah satu daripada kegemaran peminat sejak beliau berpindah daripada Hull City pada 2017 yang berharga £8 juta. Salah satu daripada bek kiri terbaik di dunia yang dimiliki Liverpool dengan hanya berharga £8 juta.

— Sam Harris menulis untuk BBC selepas Perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA 2019.[33]

Robertson menyambung semula permainannya secara kebiasaan untuk Liverpool ketika musim 2018-19 apabila Liverpool merangkul naib juara dalam Liga Perdana Inggeris.[34] Beliau menyambung kontrak baru bersama kelab pada Januari 2019 yang menyebabkan beliau terus kekal sehingga 2024.[34] Beliau telah diangkat sebagai bek kiri terbaik di Liga Perdana Inggeris oleh Kevin Kilbane[35] dan bek kiri terbaik di dunia oleh Phil Neville.[36] Pada 25 April, beliau telah dinamakan dalam anugerah Pasukan Tahunan PFA diikuti pemain Liverpool yang lain seperti Trent Alexander-Arnold, Sadio Mané dan Virgil van Dijk.[37]

Pada 1 Jun 2019, Robertson bermain 90 minit penuh dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara apabila Liverpool mengalahkan Tottenham Hotspur untuk memastikan kejuaraan kali keenam dalam Piala Eropah.[38] Beliau menjadi pemain Scotland yang pertama dalam memenangi kejohanan ini sejak Darren Fletcher (pemain pertukaran yang tidak digunakan pada 2008)[39] dan pertama kali dalam padang dalam kelab yang menjuarai kejohanan tersebut sejak Paul Lambert pada 1997.[38]

Dalam perlawanan tuan rumah juara Eropah untuk pertama kali dalam kempen Liga Juara-Juara 2019-20, Robertson menjaringkan gol Eropah pertamanya dalam kemenangan dramatik 4-3 menentang Red Bull Salzburg.[40] Pada 2 November 2019, Robertson menjaringkan gol kedua dalam Liga Perdana Inggeris untuk Liverpool pada minit 87 menentang Aston Villa dengan Liverpool akhirnya mencapai kemenangan 2-1 dalam masa kecederaan.[41]

Karier antarabangsa

Robertson menjadi kapten Scotland pada 2019

Robertson telah dipilih dalam Pasukan Scotland Bawah 21 pada Oktober 2013.[42] Beliau melakukan penampilannya sebagai pertukaran dengan mencapai kemenangan 2-1 menentang Slovakia.[43] Robertson telah dipilih untuk pasukan bawah 21 pada November 2015 kerana pasukan senior negaranya tidak mempunyai sebarang jadual perlawanan.[44]

Robertson telah dipilih untuk pertama kalinya dalam skuad senior Scotland untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang Poland pada 5 Mac 2014. Beliau dimasukkan sebagai pertukaran pada separuh masa kedua dengan Scotland mencapai kemenangan 1-0 di Warsaw.[45] Jurulatih Scotland, Gordon Strachan setelahnya berkata "Andy telah datang ke sana dan pertama kali beliau dipilih dengan melihat beliau berlari sebanyak 30 meter. Saya telah berkata ‘ia adalah menarik’. Sudah tentu tidak mempunyai kawasan kelabu dan saya melakukan perkara yang saya ingin lakukan. Saya menyukai akan sentuhan pertamanya."[45] Robertson mendapat tempat dalam skuad senior negara utama untuk pertama kalinya dengan keputusan seri 2-2 menentang Nigeria pada 28 Mei 2014.[46]

Robertson menjaringkan gol antarabangsa pertamanya dalam perlawanan persahabatan menentang England di Celtic Park pada November 2014 apabila Scotland hanya menjaringkan satu gol sahaja di mana mereka kalah 3-1.[47]

Pada 3 September 2018, Robertson telah dilantik sebagai kapten Scotland oleh jurulatihnya, Alex McLeish.[48] Selepas kekalahan 2-1 menentang Israel pada Oktober 2018, Robertson mengatakan bahawa beliau dan Kieran Tierney telah bermain dalam formasi 3-5-2 Alex McLeish untuk memastikan kesesuaian kedua-dua pemainnya.[49]

Dalam perlawanan kelayakan UEFA Euro 2020 menentang Cyprus pada 8 Jun 2019, Robertson telah menjaringkan gol pembukaan perlawanan melalui serangan daripada jarak jauh. Scotland memenanginya dengan keputusan 2-1.[50] Pada November, beliau telah menjadi salah seorang daripada lima pemain Scotland yang tidak dapat bermain dalam skuad negaranya akibat menghadapi kecederaan.[51]

Gaya permainan

Robertson kini dikaitkan dengan bekas pertahanan England, Phil Neville yang kian menjadi salah satu daripada pertahanan kiri terbaik dunia kerana mempunyai kelajuan yang tinggi, tenaga dan keupayaan dalam memberi lintasan bola.[52]

Kehidupan peribadi

Robertson telah berkahwin dengan pasangannya, Rachel Roberts [53][54] yang telah melahirkan anak lelaki dan sulungnya, Rocco pada 26 Ogos 2017.[55] Pada Januari 2019, pasangan tersebut telah melahirkan anak perempuan dan keduanya, Aria.[56]

Pada Mac 2018, Robertson telah menyumbangkan sehelai jersi Liverpool yang dimiliki oleh Roberto Firmino kepada kanak-kanak lelaki yang telah memberikan wang saku kepada gerai makanan gerai makanan tempatan.[57]

Statistik karier

Kelab

Sehingga perlawanan pada 26 December 2019
Penampilan dan gol dalam kelab, musim dan pertandingan
KelabMusimLigaPiala Kebangsaan[a]Piala Liga[b]EropahLain-lainJumlah
DivisyenPenampilanGolPenampilanGolPenampilanGolPenampilanGolPenampilanGolPenampilanGol
Queen's Park2012–13[58]Divisyen Tiga Scotland34220304[c]0432
Dundee United2013–14[58]Liga Perdana Scotland3635230445
Hull City2014–15[58]Liga Perdana Inggeris240000000240
2015–16[58]Liga Kejohanan Inggeris42220513[d]1524
2016–17[58]Liga Perdana Inggeris3312040391
Jumlah993409100311155
Liverpool2017–18[58]Liga Perdana Inggeris22110106[e]0301
2018–19[58]Liga Perdana Inggeris360000012[e]0480
2019–20[58]Liga Perdana Inggeris18100006[e]14[f]0282
Jumlah7621010241401063
Jumlah keseluruhan2451012216124111130815

Antarabangsa

Sehingga perlawanan pada 13 Oktober 2019[59][60]
Penampilan dan gol dalam pasukan kebangsaan dan tahun
Pasukan kebangsaanTahunPenampilanGol
Scotland201451
201530
201640
201781
201880
201961
Jumlah343

Gol antarabangsa

Sehingga perlawanan pada 8 Jun 2019. Jaringan Scotland dimasukkan dahulu dan turutan jaringan termasuk selepas setiap jaringan Robertson.[61]
Gol antarabangsa mengikut tarikh, tempat, lawan, jaringan, keputusan dan pertandingan
No.TarikhTempatLawanJaringanKeputusanPertandingan
118 November 2014Celtic Park, Glasgow, Scotland  England1–21–3Perlawanan persahabatan
21 September 2017Stadium LFF, Vilnius, Lithuania  Lithuania2–03–0Kelayakan Piala Dunia FIFA 2018
38 Jun 2019Hampden Park, Glasgow, Scotland  Cyprus1–02–1Kelayakan UEFA Euro 2020

Pencapaian

Dundee United

  • Naib juara Piala Scotland: 2013–14[62]

Hull City

  • Penentuan kalah mati Liga Kejohanan Inggeris: 2016[63]

Liverpool

Individu

  • Pemain Muda Tahunan PFA Scotland: 2013–14[16]
  • Pasukan Tahunan PFA Scotland: 2013–14[18]
  • Pemain Bulanan SPFL: November 2013[14]
  • Pemain Muda Bulanan SPFL: September 2013[14]
  • Pasukan Tahunan PFA: Liga Perdana Inggeris 2018-19[68]
  • Skuad Terbaik Musim Liga Juara-Juara UEFA: 2018–19[69]
  • Calon FIFA FIFPro World11: 2019 (Pertahanan tempat ke-7)[70]

Rujukan

Pautan Luar