Aminuddin Harun

ahli politik Malaysia

Dato' Seri Utama Aminuddin Harun ialah seorang ahli politik di Malaysia. Beliau merupakan Menteri Besar Negeri Sembilan yang ke-8 dan ke-9 bermula 14 Ogos 2023, Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan dan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan untuk DUN Sikamat.[1] Pada 19 Disember 2022, beliau telah dilantik menjadi Ahli Parlimen Port Dickson menggantikan YAB Dato Seri Anwar Ibrahim yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Yang Amat Berhormat Dato' Seri Utama

Aminuddin Harun

SUNS, SSNS (Negeri Sembilan)
Menteri Besar Negeri Sembilan
Memegang jawatan
14 Ogos 2023
RajaTuanku Muhriz
Didahului olehdirinya sendiri
Kawasan pilihan rayaSikamat
Dalam jawatan
12 Mei 2018 – 13 Ogos 2023
RajaTuanku Muhriz
Didahului oleh Mohamad Hasan
Digantikan olehdirinya sendiri
Kawasan pilihan rayaSikamat
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan
Memegang jawatan
2023
Portfolio
  • Kewangan, Tanah dan Sumber Alam
  • Agama Islam
  • Keselamatan
  • Pelaburan, Utiliti, Infrastruktur dan Kemudahan Awam
Dalam jawatan
2018–2023
Portfolio
  • Kewangan, Tanah dan Sumber Alam
  • Agama Islam
  • Pelancongan
  • Keselamatan
  • Infrastruktur dan Kemudahan Awam
Kawasan pilihan rayaSikamat
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P132 Port Dickson, Negeri Sembilan
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Didahului oleh Anwar Ibrahim
Kawasan pilihan rayaSikamat
Majoriti23,937 (2022)
Anggota Dewan Undangan Negeri Sembilan
untuk Sikamat
Memegang jawatan
2008
Didahului oleh Md Yusop Harmain Shah
Majoriti
  • 899 (2008)
  • 510 (2013)
  • 3,413 (2018)
  • 2,662 (2023)
Jawatan dalam Parti Keadilan Rakyat
Naib Presiden
Memegang jawatan
2022
Berkhidmat dengan Amirudin Shari, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Chang Lih Kang
Presiden Anwar Ibrahim
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, Negeri Sembilan
Memegang jawatan
2014
Didahului olehKamarul Bahrin Abbas
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Melaka
Memegang jawatan
2022
Didahului olehHalim Bachik
Ketua Cabang Port Dickson
Memegang jawatan
2022
Didahului olehRavi Munusamy
Ketua Cabang Tampin
Dalam jawatan
2018–2023
Didahului olehZulkapli Kassim
Digantikan olehAbdul Shukor Ab Aziz
Butiran peribadi
Lahir (1967-01-02) 2 Januari 1967 (umur 57)
Kampung Pachitan, Port Dickson, Negeri Sembilan
Parti politik (-1999)
(1999-kini)
PasanganDatin Seri Utama Wan Hasni Wan Yusof
Anak-anak3 lelaki, 2 perempuan
KediamanKediaman Rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan, Jalan Keliling, Seremban
Alma materUniversiti Teknologi MARA
PekerjaanAhli politik

Latar belakang

Aminuddin telah dilahirkan pada 2 Jan 1967 di Kampung Pachitan, Port Dickson, Negeri Sembilan.[2]

Beliau telah menerima pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah, Port Dickson sebelum melanjutkan pelajaran di Institut Teknologi Mara (sekarang UiTM) dalam bidang perniagaan.

Beliau kemudiannya bertugas sebagai pegawai penyiasat Badan Pencegah Rasuah dari 1991 hingga 1995. Pada 1995, beliau menyertai syarikat Golden Hope Furniture Sdn Bhd sebagai ketua pengurusan pengeluaran dan kemudian di MCIS Safety Glass (M) Sdn Bhd sebagai Eksekutif Senior dari 1996 sehingga 2008 sebagai ketua bahagian jualan, jawatankuasa pengurusan, panel siasatan dalaman dan auditor ISO/TS 16949:2002.[2]

Sebelum menyertai PKR pada 1999, Aminuddin merupakan anggota UMNO dan pernah menjadi setiausaha UMNO Cawangan Kampung Pachitan (1995-1998) serta Setiausaha Pemuda UMNO DUN Jimah (1997-1998).

Aminuddin ialah penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat sejak 2008. Kemudian, beliau menganggotai Majlis Pimpinan Pusat PKR sejak 2014 dan turut aktif dalam badan bukan kerajaan seperti Persatuan Wadah Pencerdasan Umat (Wadah) dan Angkatan Belia Islam Malaysia.

Berikutan kemenangan Pakatan Harapan di Negeri Sembilan pada Pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan pada 12 Mei 2018 di Istana Besar Seri Menanti di Kuala Pilah.

Keluarga

Beliau telah berkahwin dengan Wan Hasni Wan Yusof dan memiliki lima orang anak iaitu tiga orang lelaki dan dua orang perempuan.[2]

Anugerah

Keputusan pilihan raya

Dewan Undangan Negeri Sembilan: N13 Sikamat; P128 Seremban [5][6][7][8][9][10][11][12]
TahunUndiPrtsPembangkangUndiPrtsBuang undiMajoritiKeluar
2008Aminuddin Harun (PKR)6,03651.02%Md Yusop Harmain Shah (UMNO)5,53746.80%11,83049976.37%
2013Aminuddin Harun (PKR)8,58450.63%Wan Salwati Abdullah (UMNO)8,07447.62%16,95451086.30%
2018Aminuddin Harun (PKR)9,83247.30%Syamsul Amri Ismail (UMNO)6,41930.90%17,8583,41385.90%
Rahim Yusof (PAS)1,3316.40%
Bujang Abu (BEBAS)150.10%

Rujukan