Aliran Chiyoda (Tokyo Metro)

Aliran Chiyoda Tokyo Metro (東京メトロ千代田線, Tōkyō Metoro Chiyoda-sen) merupakan aliran kereta api alihan laju yang terletak di Tokyo, Jepun. Ia diuruskan dan dikendalikan oleh syarikat Tokyo Metro. Aliran kereta api ini beroperasi dari stesen Yoyogi-uehara sehingga ke stesen Kita-ayase. Aliran Chiyoda juga dikenali sebagai Aliran 9 Aliran Chiyoda (9号線千代田線9ごうせんちよだせん, 9-gōsen Chiyoda-sen).

Aliran Chiyoda Tokyo Metro
اليرن چييودا توکيو ميترو
Logo bagi aliran Chiyoda
Umum
Nama lainAliran 9 Aliran Chiyoda
9号線千代田線
9-gōsen Chiyoda-sen
Nama asal東京メトロ千代田線
Tōkyō Metoro Chiyoda-sen
JenisAlihan laju berlandasan berat
StatusBeroperasi
LokasiTokyo, Jepun
TerminalYoyogi-uehara
Kita-ayase
Stesen20
Penumpang harian1,131,379 (TF2010)[1]
Laman sesawangwww.tokyometro.jp/en/
Operasi
Dibuka20 Disember 1969[2]
Pemilik Tokyo Metro
Pengendali Tokyo Metro
DepotAyase, Yoyogi
Stok kereta apiSiri 6000, siri 05, siri 16000
Teknikal
Panjang aliran24.0 km (14.9 bt)
Tolok landasan1,067 mm (3 kaki 6 in)
Pengelektrikan1,500 V DC katenari overhed
Kelajuan operasi80 km/j (50 mph)
Peta laluan

Gambaran keseluruhan

Kereta api ini beroperasi pada aliran kereta api yang lain di kedua-dua hujungnya. Lebih separuh daripadanya adalah kereta api ke timur laut melangkaui Ayase ke Aliran Jōban milik Syarikat Kereta Api Jepun Timur (JR Timur) untuk Toride. Selebihnya beroperasi ke arah barat daya melangkaui stesen Yoyogi-uehara ke Aliran Odawara untuk Hon-atsugi dan Aliran Tama untuk Karakida, dimana kedua-dua aliran itu merupakan milik syarikat swasta, Kereta Api Odakyu.

Panjang aliran ini adalah 24 kilometer (15 bt), dimana ia menjangkau dari barat daya Tokyo hingga ke kawasan timur laut dan merentasi beberapa buah daerah atau wad seperti Adachi, Arakawa, Bunkyō, Chiyoda, Minato dan Shibuya.

Menurut Biro Pengangkutan Metropolitan Tokyo, sehingga Jun 2009, aliran Chiyoda merupakan aliran kereta api alihan laju kedua tersibuk di Tokyo dengan kendalian muatan 181% ketika waktu puncak di antara stesen Machiya dan Nishi-nippori.[3]

Pada peta, gambar rajah dan papan tanda, aliran Chiyoda ditunjukkan dengan warna hijau () dan stesen-stesennya ditandakan dengan nombor beserta huruf "C" ( ).

Stesen

Secara keseluruhannya terdapat 20 buah stesen bagi aliran Tōzai dan kesemua stesen tersebut terletak di bandar raya Tokyo. Semua kereta api tempatan akan berhenti di setiap stesen. Perkhidmatan kereta api ekspres terhad Romancecar Odakyu berhenti di stesen yang bertanda "●" dan tidak berhenti di stesen yang bertanda "|" manakala perkhidmatan ekspres terhad Bay Resort tidak berhenti di stesen bertanda "▲" (ia meninggalkan aliran Chiyoda di Kasumigaseki). Bagi perkhidmatan ekspres terhad lain, ia berhenti di Yoyogi-uehara (bertanda "※") untuk menukar pemandu dan konduktor tetapi penumpang tidak boleh menaiki atau turun di stesen ini.

NomborStesenJarak (km)Kereta api ekspres terhadPertukaranLokasi
Bahasa MelayuBahasa JepunAntara stesenKeseluruhan
C-01Yoyogi-uehara代々木上原[* 1]-0.0 Aliran Odawara (Odakyū) (OH-05) (melalui perkhidmatan untuk Hon-atsugi dan melalui Aliran Tama untuk Karakida; kereta api ekspres terhad melalui Kereta Api Hakone Tozan untuk Hakone-yumoto)Shibuya
C-02Yoyogi-kōen [Taman Yoyogi]代々木公園1.01.0
C-03Meiji-jingūmae (Harajuku) [Kuil Meiji Jingū]明治神宮前1.22.2
C-04Omotesandō表参道0.93.1Minato
C-05Nogizaka乃木坂1.44.5 
C-06Akasaka赤坂1.15.6 
C-07Kokkai-gijidōmae [Bangunan Diet Kebangsaan]国会議事堂前0.86.4
Chiyoda
C-08Kasumigaseki霞ケ関0.87.2
C-09Hibiya日比谷0.88.0
  • Aliran Hibiya (H-07)
  • Aliran Yūrakuchō (Yūrakuchō: Y-18)
  • Aliran Mita (Toei) (I-08)
  •      Aliran Yamanote (JR Timur)
  •      Aliran Keihin–Tōhoku (JR Timur)
  • Laluan bawah tanah ke stesen Ginza, Higashi-ginza
C-10Nijūbashimae二重橋前0.78.7 
C-11Ōtemachi大手町0.79.4
  • Aliran Tōzai (T-09)
  • Aliran Marunouchi (M-18)
  • Aliran Hanzōmon (Z-08)
  • Aliran Mita (Toei) (I-09)
C-12Shin-ochanomizu新御茶ノ水1.310.7
  • Aliran Marunouchi (Awajichō: M-19)
  • Aliran Shinjuku (Toei) (Ogawamachi: S-07)
  •      Aliran Chūō–Sōbu (Ochanomizu)
  •      Aliran Chūō (Laju) (Ochanomizu)
C-13Yushima湯島1.211.9 Bunkyō
C-14Nezu根津1.213.1 
C-15Sendagi千駄木1.014.1 
C-16Nishi-nippori西日暮里0.915.0
  •      Aliran Yamanote (JR Timur)
  •      Aliran Keihin–Tōhoku (JR Timur)
  •      Nippori–Toneri Liner (Toei) (02)
Arakawa
C-17Machiya町屋1.716.7
  • Aliran Utama Keisei (KS-04)
  • Aliran Toden Arakawa (Toei) (Machiya-ekimae)
C-18Kita-senju北千住[* 2]2.619.3
  • Aliran Hibiya (H-21)
  •      Aliran Jōban (JR Timur)
  • Aliran Skytree (Tobu) (TS-09)
  • Tsukuba Express (05)
Adachi
C-19Ayase綾瀬[* 2]2.621.9 
  •      Aliran Jōban (JR Timur) (melalui perkhidmatan untuk Toride)
  • Aliran Chiyoda (untuk Kita-ayase)

Aliran cabang

Kedua-dua stesen berikut terletak di Adachi, Tokyo.

NomborStesenJarak (km)PertukaranLokasi
Bahasa MelayuBahasa JepunAntara stesenKeseluruhan
C-19Ayase綾瀬-21.9
  • Aliran Chiyoda (untuk Yoyogi-uehara)
  •      Aliran Jōban
Adachi
C-20Kita-ayase北綾瀬2.124.0 

Rujukan

Pautan luar