Aleksandar Vučić (Templat:Lang-sr-cyr, disebut [aleksǎːndar ʋǔtʃitɕ]; lahir 5 Mac 1970)[1] ialah ahli politik Serbia yang telah berkhidmat sebagai Presiden Serbia[2] sejak tahun 2017. Selepas meninggalkan Parti Radikal Serbiaultranasionalis pada tahun 2008, beliau menjadi salah satu pengasas Parti Progresif Serbia (SNS) yang konservatif dan populis dan beliau telah menjadi presiden parti tersebut sejak tahun 2012.
Vučić berkhidmat sebagai Perdana Menteri Serbia pada dua penggal, dari tahun 2014 hingga 2016 dan dari tahun 2016 hingga 2017, serta sebagai Timbalan Perdana Menteri dari tahun 2012 hingga 2014. Tambahan pula, Vučić berkhidmat sebagai ahli parlimen Serbia, Menteri Penerangan dari tahun 1998 hingga 2000, dan kemudian sebagai Menteri Pertahanan dari tahun 2012 hingga 2013. Pada bukan April 2017, Vučić telah dipilih presiden dengan lebih 55% undian di pusingan pertama, oleh itu mengelak pusingan kedua. Beliau mula menjawat secara rasmi pada 31 Mei 2017, menggantikan Tomislav Nikolić. Upacara pelantikan penuh istiadat telah diadakan pada 23 Jun 2017.
Isailović, Danijela (6 September 2010). "Ispao majci dok ga je dojila" (dalam bahasa Serbian). Index.hr. Dicapai pada 28 May 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
Templat:Cabinet of Ivica DačićTemplat:Cabinet of Aleksandar Vučić ITemplat:Cabinet of Aleksandar Vučić IITemplat:Serbian PresidentTemplat:SerbianPMTemplat:Defence Ministers of Serbia