Al Nassr FC

Kelab Bola Sepak Al Nassr (Arab: نادي النصر السعودي; Naṣr bermaksud "kemenangan") ialah sebuah kelab bola sepak Arab Saudi yang berpangkalan di Riyadh. Kelab ini ditubuhkan pada tarikh 24 Oktober 1955. Al Nassr bermain di gelanggang sendiri yaitu Taman Mrsool. Warna rumah dari kelab mereka ialah perpaduan kuning dan biru.

Al Nassr
Nama penuhKelab Bola Sepak Al Nassr
GelaranAl-Aalami (Kelab Antarabangsa)
Faris Najd (pahlawan Nejd)
Diasaskan24 Oktober 1955; 68 tahun yang lalu (1955-10-24)[1]
StadiumTaman Mrsool
(Kapasiti: 25,000)
PresidenMusalli Al-Muammar
Ketua jurulatihRudi Garcia
LigaLiga Pro
2023–24ke-6
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Musim semasa

Al Nassr merupakan salah satu di antara kelab-kelab paling berjaya di Arab Saudi. Al Nassr merupakan salah satu dari empat kelab Liga Saudi (Al Hilal, Al Ahli, Al Ittihad, Al Nassr) yang 75% kepemilikannya dimiliki oleh Pelaburan Kerajaan Iakni PIF (Public Investment Fund). Al Nassr juga memiliki rekod anggaran 27 kejuaraan dalam semua pertandingan.[2]

Di peringkat domestik, kelab itu telah memenangi sembilan kejuaraan Liga Perdana, enam Piala Raja, tiga Piala Putera Mahkota, tiga Piala Persekutuan dua Piala Super Saudi, dan satu Piala Arab Club Champion Cup. Di peringkat antarabangsa, mereka telah memenangi dua Liga Juara-Juara GCC dan memperoleh sejarah, mencapai final AFC Champion League pada tahun 1995 dan pada tahun 1998 memenangi double asia kedua-dua kejohanan Piala Asia dan Piala Super Asia.

Sejarah

Permulaan dan kejayaan (1955–1989)

Al Nassr telah ditubuhkan pada tahun 1955 oleh Zeid Bin Mutlaq Al-Ja'ba Al-Dewish Al-Mutairi. Latihan berlangsung di taman permainan lama di Gashlat Al-Shortah di barat Taman Al-Fotah di mana terdapat padang bola sepak kecil dan bilik kecil untuk menyimpan bola dan baju. Selain saudara-saudara Al-Ja'ba, Ali dan Issa Al-Owais adalah antara yang pertama bekerja di kelab itu.

Kelab ini beroperasi sebagai kelab amatur sehingga 1960 apabila ia didaftarkan secara rasmi dengan Presidensi Umum Kebajikan Belia. Pada masa inilah Abdul Rahman bin Saud Al Saud menjadi ketua Al Nassr. Al Nassr bermula di bahagian kedua liga. Mereka dinaikkan pangkat ke bahagian pertama pada tahun 1963. Semasa 1970-an dan 1980-an, kelab itu memenangi empat gelaran Liga Perdana Arab Saudi, enam Piala Raja, tiga Piala Putera Mahkota dan tiga Piala Persekutuan. Kejayaan pasukan itu dibina di sekitar "Trio Emas Saudi" Majed Abdullah, Fahd Al-Herafy dan Mohaisn Al-Jam'aan.

Majed Ahmed Abdullah ialah pemegang rekod sepanjang zaman Al-Nassr dalam gol dan penampilan.

Pasukan Kelab

Skuad semasa

Sehingga 9 September 2023[3]

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No.Pos. NegaraPemain
27DF Aymeric Laporte
29MF Abdulrahman Ghareeb
30FW Meshari Al-Nemer
31MF Mohammed Sahlouli
33GK Waleed Abdullah
36GK Raghed Al-Najjar
38MF Fahad Al-Taleb
41GK Mohammed Al-Otaibi
44GK Nawaf Al-Aqidi
46MF Abdulaziz Al-Aliwa
55DF Abdulaziz Al-Faraj
66DF Waleed Saber
69DF Marzouq Tambakti
77MF Marcelo Brozović
78DF Ali Lajami
94MF Talisca

Pemain tidak tersenarai

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No.Pos. NegaraPemain
MF Khalid Haqawi

Sedang dipinjam

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No.Pos. NegaraPemain
42DF Mansour Al-Shammari (dipinjamkan kepada Al-Jabalain)
56FW Fahad Al-Zubaidi (dipinjamkan kepada Al-Orobah)
58DF Aser Hawsawi (dipinjamkan kepada Jeddah)
59DF Yousef Haqawi (dipinjamkan kepada Al-Fayha)
DF Majed Qasheesh (dipinjamkan kepada Al-Hazem)

Rujukan