Aksara Adlam

abjad

Aksara Adlam ialah aksara yang digunakan untuk menulis bahasa Fula.[2] Nama Adlam ialah akronim yang diperolehi daripada empat huruf pertama abjad (A, D, L, M), yang bererti "alkule Dandayɗe Leñol Mulugol" (𞤀𞤤𞤳𞤵𞤤𞤫 𞤁𞤢𞤲𞤣𞤢𞤴𞤯𞤫 𞤂𞤫𞤻𞤮𞤤 𞤃𞤵𞤤𞤵𞤺𞤮𞤤[3], "aksara yang melindungi bangsa daripada lenyap"). Ia adalah salah satu daripada pelbagai aksara pribumi yang dibangunkan untuk bahasa tertentu di Afrika Barat.[4]

Aksara Adlam
𞤀𞤣𞤤𞤢𞤥
"Adlam" dalam aksara Adlam
Jenis
BahasaFula
PenciptaIbrahima Barry dan Abdoulaye Barry
Tempoh masa
1989-kini[1]
Arah tulisKanan-ke-kiri
ISO 15924Adlm, 166
Alias Unikod
Adlam
Julat Unikod
U+1E900–U+1E95F

Aksara Adlam disokong dalam sistem pengendalian Android dan Chrome milik Google. Terdapat juga ap Android untuk menghantar SMS menggunakan aksara Adlam dan untuk mempelajari aksara tersebut.[5] Dalam komputer yang menggunakan Microsoft Windows, aksara Adlam disokong terasalnya bermula dengan Windows 10 gubahan 1903, yang dikeluarkan pada Mei 2019. Dalam macOS, aksara Adlam disokong terasalnya bermula dengan Ventura pada tahun 2022.

Pembangunan

Akronim ADLaM

Ketika zaman remaja pada akhir 1980-an, adik-beradik Ibrahima Barry dan Abdoulaye Barry mencipta aksara alfabet untuk menulis bahasa Fula.[3][6] Selepas beberapa tahun pembangunan, ia mula diterimapakai secara meluas dalam kalangan masyarakat Fula, dan kini diajar bukan sahaja secara serantau di Guinea, Nigeria, dan Liberia, malah sehingga ke Eropah dan Amerika Syarikat.

Huruf

Aksara Adlam mempunyai kedua-dua huruf besar dan huruf kecil. Ia ditulis dari kanan ke kiri.[7]

Huruf besarHuruf kecilRumiArabNama huruf[3]AFA[8]
𞤀𞤢aاaa
𞤁𞤣dدdad
𞤂𞤤lلlal
𞤃𞤥mمmam
𞤄𞤦bبbab
𞤅𞤧sسsas
𞤆𞤨ppap
𞤇𞤩ɓ (bh)bhaɓ
𞤈𞤪rرrar/ɾ
𞤉𞤫eèe
𞤊𞤬fفfaf
𞤋𞤭iii
𞤌𞤮oöɔ
𞤍𞤯ɗ (dh)dhaɗ
𞤎𞤰ƴ (yh)yhaʔʲ
𞤏𞤱wوw
𞤐𞤲n, mana-mana sengauan hujung sukukataنnan
𞤑𞤳kكkak
𞤒𞤴yيyaj
𞤓𞤵uouu
𞤔𞤶jجdja
𞤕𞤷ctcha
𞤖𞤸hحhah
𞤗𞤹ɠ (q)قghaq
𞤘𞤺ggaɡ
𞤙𞤻ñ (ny)gnaɲ
𞤚𞤼tتtat
𞤛𞤽ŋ (nh)nhaŋ
Tambahan: untuk bahasa lain atau kata pinjaman
𞤜𞤾vvav
𞤝𞤿x (kh)خkhax
𞤞𞥀ɡbgbeɡ͡b
𞤟𞥁zذzalz
𞤠𞥂kpkpok͡p
𞤡𞥃shشshaʃ

Huruf-huruf tersebut didapati samada bercantum serupa dengan aksara Arab atau tunggal - bentuk bercantum biasanya digunakan dalam gaya kursif; bagaimanapun, bentuk tunggal atau blok juga digunakan terutamanya untuk kandungan pendidikan.[9]

Diakritik

Aksara Adlam mempunyai beberapa diakritik. Pengubahsuai 'konsonan' digunakan untuk mendapatkan konsonan tambahan, kebanyakannya daripada bahasa Arab, serupa dengan cth s > š dalam aksara Rumi.

DiakritikPenerangan
◌𞥄'ā' panjang; boleh diletakkan di atas huruf 'a', yang menjadi 'ā' hanya mengambil diakritik yang berbeza daripada vokal lain, atau di atas konsonan, yang menjadikan huruf alif tidak ditulis sama sekali
◌𞥅vokal panjang (untuk vokal kecuali alif)
◌𞥆konsonan panjang (geminasi)
◌𞥇hentian glotis, hamza (diletakkan di atas antara konsonan dan vokal berikutnya)
◌𞥈pengubahsuai konsonan (lihat jadual di bawah)
◌𞥉konsonan panjang terubahsuai
◌𞥊titik (lihat jadual di bawah)
𞥋Digunakan antara n dan konsonan lain untuk menunjukkan bahawa mereka membentuk konsonan prasengauan

Penggunaan pengubahsuai konsonan:

Hruf Adlam dengan pengubahsuaiHuruf Arab yang sepadan
𞤧𞥈ص
𞤣𞥈ض
𞤼𞥈ط
𞤶𞥈ظ
𞤢𞥈ع
𞤺𞥈غ
𞤸𞥈ه

Penggunaan titik untuk mewakili bunyi yang dipinjam daripada bahasa Arab:

Huruf Adlam dengan titikHuruf Arab yang sepadan
𞤧𞥊ث
𞤶𞥊ز

Penggunaan titik dengan huruf asli:

Huruf Adlam dengan titikSebutan
𞤫𞥊e, berbanding dengan è atau ɛ; titik di atas
𞤫𞥊𞥅e panjang; titik di bawah dan pemanjang vokal di atas
𞤮𞥊o, berbanding dengan ɔ
𞤮𞥊𞥅o panjang, titik di bawah dan pemanjang vokal di atas

Angka

Berbeza dengan aksara Arab, angka Adlam menghala ke arah yang sama (kanan ke kiri) seperti huruf-hurufnya, seperti dalam aksara N'Ko.

AdlamArab-India
𞥐0
𞥑1
𞥒2
𞥓3
𞥔4
𞥕5
𞥖6
𞥗7
𞥘8
𞥙9

Tanda baca

Tanda baca Adlam adalah seperti tanda baca Rumi Sepanyol kerana terdapat bentuk awal dan akhir tanda tanya dan tanda seru, yang diletakkan sebelum dan selepas klausa atau frasa yang dipersoalkan atau diseru.

AdlamRumi
..
,
::
;
𞥟 … 𞥟¿… ?
𞥞 … 𞥞¡… !

Tanda sempang digunakan untuk pemecahan perkataan, dan terdapat kedua-dua tanda kurungan dan kurungan berganda.

Unikod

Aksara Adlam telah ditambahkan pada Piawaian Unikod pada Jun 2016 dengan keluaran gubahan 9.0. Blok Unikod untuk aksara Adlam ialah U+1E900–U+1E95F:

Aksara Adlam[1][2]
Carta kod rasmi Konsortium Unikod (PDF)
 0123456789ABCDEF
U+1E90x𞤀𞤁𞤂𞤃𞤄𞤅𞤆𞤇𞤈𞤉𞤊𞤋𞤌𞤍𞤎𞤏
U+1E91x𞤐𞤑𞤒𞤓𞤔𞤕𞤖𞤗𞤘𞤙𞤚𞤛𞤜𞤝𞤞𞤟
U+1E92x𞤠𞤡𞤢𞤣𞤤𞤥𞤦𞤧𞤨𞤩𞤪𞤫𞤬𞤭𞤮𞤯
U+1E93x𞤰𞤱𞤲𞤳𞤴𞤵𞤶𞤷𞤸𞤹𞤺𞤻𞤼𞤽𞤾𞤿
U+1E94x𞥀𞥁𞥂𞥃𞥊𞥄𞥅𞥆𞥇𞥈𞥉𞥋
U+1E95x𞥐𞥑𞥒𞥓𞥔𞥕𞥖𞥗𞥘𞥙𞥞𞥟
Catatan
1. Setakat Unikod gubahan 14.0
2. Kawasan kelabu menandakan titik kod nirumpuk

Rujukan

Bacaan lanjut