Awie

Penyanyi dan pelakon Malaysia, Raja Rock Malaysia
(Dilencongkan dari Ahmad Azhar bin Othman)

Yang Hormat Dato' Ahmad Azhar bin Othman, DIMP atau lebih dikenali sebagai Awie (lahir 24 November 1968) ialah penyanyi, pemuzik, pelakon, pengacara, penerbit dan pengarah Malaysia. Beliau terkenal sebagai penyanyi utama kumpulan Wings.


Awie

Dato' Awie di studio MeleTOP pada Mac 2016.
Kelahiran
Ahmad Azhar bin Othman

(1968-11-24) 24 November 1968 (umur 55)
PekerjaanPenyanyi, pemuzik, pelakon, pengacara, penerbit, pengarah
Tahun aktif1985–kini
PangkatRaja Rock Malaysia, Husin
PasanganArni Nazira (k. 1998; c. 2006)
Rozana Misbun (k. 2006; c. 2014)
Datin Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin (k. 2016)
Anak-anak6 (termasuk Putra Ahmad Merrah)
IbuAzizah Abdul Hamid
BapaOthman Maarof
Kerjaya muzik
GenreHard rock, pop rock, heavy metal, glam metal
InstrumenVokal, gitar, keyboard
Syarikat rakaman
  • BMG Music
  • Awie Entertainment
Pengkarya berkait
Wings, Ella, Ziana Zain, Erra Fazira, Kristal, Datuk M. Nasir

Dilahirkan di Datuk Keramat, Kuala Lumpur, kerjaya muzik Awie sebagai artis bermula pada 1987 bersama kumpulan Wings dengan muncul album pertama berjudul Belenggu Irama. Ketika popular bersama Wings, beliau memperkembangkan bakatnya yang semula jadi dalam bidang lakonan menerusi filem pertamanya Pemburu Bayang pada tahun 1993.[1][2] Awie kemudiannya mengambil langkah untuk meninggalkan Wings dan memulakan kerjayanya sebagai penyanyi solo bermula pada 1993 apabila beliau melancarkan album solo eponim pertamanya pada 1994 dan telah terjual sebanyak 220,000 unit menjadikan album tersebut sebagai pemegang rekod penjualan album tertinggi bagi artis solo lelaki di Malaysia sehingga kini,[3] yang sebelum itu diungguli oleh Saleem (Iklim) menerusi album solo pertamanya yang berjudul Gabungan Dua Insan Seni - Saleem & Wan Zul yang mempertaruhkan single popular "Aduhai! Seribu Kali Sayang" pada tahun 1993 yang terjual sebanyak 80,000 unit.

Sepanjang kerjaya solonya, beliau telah menghasilkan lima album solo tidak termasuk album kompilasi, langsung dan lain-lain. Selain itu juga, Awie pernah menyertai kumpulan Search pada tahun 1998 dan muncul dengan satu album bertajuk Bikin Wilayah setelah Amy meninggalkan kumpulannya itu dan seterusnya menubuhkan kumpulannya tersendiri yang diberi nama Dragon Malaya pada tahun 2000. Sehingga kini Dragon Malaya masih aktif dalam beberapa untuk konsert sahaja. Pada tahun 2001, beliau kembali bersama kumpulan Wings yang kekal sehingga kini. Awie masih mengekalkan kerjaya sebagai pelakon filem. Antara filem terkenal beliau termasuk Baik Punya Cilok (2005), Sumolah (2007), Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) dan Lebuhraya Ke Neraka (2017). Selain itu, Awie juga ialah seorang pengacara rancangan realiti seperti Tunggu Sekejap,[4] juri Maharaja Lawak Mega 2012 dan banyak lagi.

Kerjaya

Penglibatan awal

Pada usia 17 tahun, Awie bekerja di Panggung Aniversary, Kuala Lumpur. Tugasnya membolehkan Awie mendampingi beberapa selebriti popular ketika itu seperti Search, Bloodshed, Ella & The Boys dan Sweet Charity.[perlu rujukan]

Wings dan penyertaan semula

Awie mengadakan persembahan pada 2007.

Bersama Syam, Eddie dan Jojet Awie ikut menubuhkan kumpulan muzik Wings pada awal tahun 1985. Oleh Eddie yang merupakan ketua kumpulan, Awie segera dilantik sebagai penyanyi utama sejak awal penubuhan kumpulan itu.[5] Mereka memulakan debutnya dengan album Belenggu Irama pada tahun 1987. Album berikutnya, Hukum Karma menampilkan lagu "Misteri Mimpi Syakilla" (yang dikarang oleh J.S. Kevin) dan "Taman Rashidah Utama" (ditulis oleh penerbit Bob Lokman). Pelbagai album studio seterusnya diikuti dengan album Teori Domino, Jerangkung Dalam Almari dan Bazooka Penaka termasuk gandingan bersama kumpulan Search yang tampil dengan album berjudul Double Trouble. Sejumlah hits Wings dikarang oleh penyanyi-penulis lagu M. Nasir dan Loloq.[perlu rujukan]

Awie meninggalkan kugiran itu pada tahun 1993 selepas melaporkan perselisihan dengan anggota Wings yang lain, dan mengejar kerjaya sebagai artis solo dan pelakon. Selain kumpulan asalnya Wings, Awie telah menggantikan seketika tempat Amy Search sebagai penyanyi kumpulan Search dengan muncul satu album berjudul Bikin Wilayah pada tahun 1998 dan seterusnya beliau menubuhkan kumpulan tersendirinya yang dinamakan Dragon Malaya pada tahun 2000. Awie kembali menyertai Wings pada penghujung tahun 2000 selepas respon penggemar suam untuk penggantinya Mus (dahulunya daripada May) dan Mel (penyanyi kelab). Penampilan dan rakaman konsert baru-baru ini termasuk Wings Alive 2006 dan Wings Live In KL 1991.[perlu rujukan]

Kerjaya solo

Selepas meninggalkan Wings pada tahun 1994, Awie telah merakamkan lima album sebagai artis solo. Album solo pertama berjudul Awie telah membuat kejutan apabila album tesebut telah mencapai jualan melebihi 220,000 unit. Sehingga kini album Awie solo itu kekal sebagai pemegang rekod jualan tertinggi album artis Malaysia lelaki solo manakala kedua tertinggi selepas album Ella 8494 mencecah jualan tertinggi album artis solo Malaysia yang terjual lebih 350, 000 unit.[6]

Kerjaya filem

Awie memulakan kerjaya lakonannya sebagai watak hero pada tahun 1993 dengan filem Pemburu Bayang arahan Yusof Haslam ketika masih bersama Wings.[1][2] Selepas keluar dari Wings, beliau muncul dalam filem yang lebih menonjol seperti Sembilu dan Bara. Baru-baru ini Awie menumpukan perhatian kepada peranan komedi.[7] Sehingga kini Awie masih mengekalkan kerjayanya sebagai pelakon watak hero.

Awie melengkapkan portfolionya dalam kerjaya filem dengan menubuhkan syarikat Rumah Produksi Merah lakonannya sekaligus menggalas sebagai penerbit filem menerusi filem sulung terbitannya, 10 Tips Tipu Bini arahan Azizi "Chunk" Adnan dengan Armada Al-Haq menulis skrip. Beliau sendiri turut berlakon dengan melakonkan watak sebagai Brother Love. Ia ditayangkan di Astro First pada 7 Januari 2021. Antara barisan pelakon termasuk Ropie Cecupak, Khir Rahman dan Elizabeth Tan.[8][9][10]

Bakat

Profil Penyanyi

Jenis vokal Awie ialah Tenor Lirik Cahaya dengan nota pertengahan rendah seperti yang kedengaran bersama Wings dalam lagu "Intan Ku Kesepian" (C3), "Misteri Mimpi Syakilla" (Eb3) dan "Sejati" (F3). Nota tingginya sebagai artis solo juga kedengaran dalam lagu "Tragedi Oktober" (F5), "Ukiran Jiwa" (F#5), "Di Bayang Awan" (G5), "Ratuku" (B5) dan "Dipenjara Janji" (G6). Julat vokalnya ialah 3.7 oktaf.

Kehidupan peribadi

Perkahwinan pertama Awie adalah dengan Arni Nazira, juga seorang penyanyi pada 10 Disember 1998[11][12] dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Putri Aleeya Antasha (lahir pada 13 September 2001) dan Putri Aleefa Antasha (lahir pada 11 November 2003). Tetapi pada 17 September 2006, Arni telah membuat tuntutan cerai selepas terbongkarnya perkahwinan kedua Awie yang dilangsungkan secara rahsia di Thailand.[13] Awie mendapat hak penjagaan ke atas anak-anaknya.[14][15][16][17]

Isteri kedua Awie ialah Rozana Misbun, adik kepada pelakon Haliza Misbun. Pada 16 Oktober 2006, Awie dan Arni sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan Pahang di hadapan Hakim Syarie Abdul Wahid Md Ali.[18][19] Bersama Rozana pula, Awie telah dikurniakan tiga orang lagi cahaya mata iaitu Putra Ahmad Merrah (lahir pada 5 April 2005), Putra Ahmad Rezzki (lahir pada 8 Ogos 2008) dan Putri Qasseh Antasha (lahir pada 19 April 2013). Pada 1 November 2014, talak antara penyanyi Awie dan Rozana Misbun gugur selepas Rozana berjaya mendapatkan tuntutan fasak secara taklik daripada Pejabat Majlis Agama Islam, Songkhla Thailand.[20][21] Pada 7 Oktober 2016, Awie mendirikan rumah tangga bersama Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin.[22][23] Beliau dikurniakan anak keenam pada 12 November 2020.[24][25]

Diskografi

Album Studio

  1. Awie (1994)
  2. O-Tak (1996)
  3. Satu (1998)
  4. Rentap (2000)
  5. Santai (2005)

Album Khas

  1. Bikin Wilayah - Search, Awie (1998)

Album Kompilasi

  1. Awie Live Unplugged (1995)
  2. Merah (1996)
  3. Koleksi Lagu-Lagu Terbaik (1999)
  4. Nafas Cinta (1999)
  5. Ella Awie (2000)
  6. Getaran (2001)
  7. Mata Hati Jiwa (2007)

Konsert Utama / Berskala Besar

  1. Awie Live Unplugged (1995)
  2. Konsert Shick Live Awie At Stadium Negara (1996)
  3. Konsert Awie Romantika At Stadiuam Malawati Shah Alam (2020)
  4. Konsert Awie Solitario Journey, The Star Theatre Singapore - THE FINAL ENCORE (2024)
  5. Konsert Awie Journey 30 Tahun At WTC Kuala Lumpur (2024)

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
1993Pemburu BayangAwieFilem pertama
1994Sembilu
1995Sembilu II
1996Tragedi Oktober
MerahMerah
1998Maria Mariana IISazali
1999Nafas CintaAmir
BaraAmri
2001GetaranAwie
2003IskandarKarl Iskandar
2005Sembilu 2005ZambriPelakon undangan
Baik Punya CilokBob KP
2006Diva PopularFaizal
2007BraveJohnFilem gabungan kerjasama Malaysia-Thailand
Zombi Kampung PisangHusin
SumolahHaris
2008CuciJojo
DuyungKordi
Cinta U-TurnFaiz
Apa Kata Hati?Sophi
Antoofighter: Amukan Drakulat!Drakulat Van Listerooy
2010Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami!Aziz Al-Biruni
KapowwAstromen Wau
Hantu Kak Limah Balik RumahHusin
2012Baik GilerKimie
Berani Punya BudakJohn
LeftwingsDirinya sendiriPenampilan khas
2013Husin, Mon dan Jin Pakai ToncitHusin
Bikers KentalEddie Cuardo
Lemak Kampung SantanAbu
2014Zombie Kilang BiskutHusin
RibbitKulupAlih suara BM
Dollah SuperstarDollah
2016Warna Cinta ImpianDirinya sendiri
Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng!
2017Lebuhraya Ke NerakaBob
2018Hantu Kak LimahHusin
Operasi XBelut
2019Bikers Kental 2Eddie Cuardo
2020Rock 4: Rockers Never DaiDirinya sendiriPenampilan khas
202110 Tips Tipu BiniBrader LoveJuga sebagai penerbit
Kampong Pisang Musikal Raya IstimewaHusin
Kampung Latah Kena KuarantinDukun ParlemoPenampilan khas
2022Seratus
2023Didi & Friends The MovieTok Chip (suara)
Sue-OnMat DosaFilem pertama terbitan, sebagai penerbit
2024RebelPak Long BiringJuga sebagai pengarah, idea asal dan penerbit eksekutif

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2000Spanar JayaDirinya sendirintv7Episod: "Takkan Kot... Awie"
2006–2007Awie RecordsAstro Ria
2018Mak Cun 4RockTV3Slot Dahlia
Ammar & OpieTok WieSlot Zehra
2021Kampong Pisang Bersiri-siriHusinAstro CitraEpisod: "Husin Kembali Bersama Zombi"
Semanis SenyumanmuDirinya sendiriTV3 & Disney+ HotstarPelakon undangan
2022Sudin Dah KayaSamadAwesome TV
Kids NowadaysJaafarAstro Ria

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
1992Wajah Di Sebalik TiraiMokhtarTV1Telefilem pertama
2010Buta WarnaAmriAstro Ria
2013Malaikat Di PintuZaiTV3
2014Takhta 3 RatuAstro First Eksklusif
2015Aku Benci RayaAmirAstro Ria
2016Dari Kerana MataRamziUnifi TV
2017Kalut Nak RayaBobbyAstro Warna
2018Studio AwieDirinya sendiriTV3
Berani Jadi PapaSani JonedAstro First Eksklusif
2021Rumah Tok WieTok WieAwesome TV

Teater

TahunTajukWatak
2009Cuci The MusicalJojo
2011Lat Kampung Boy Sebuah MuzikalLat
2012Cuci The Musical Last KopekJojo
2014Teaterikal Suara Kita
Supermokh Sebuah MuzikalMokhtar Dahari
Takhta 3 Ratu
2015Baik Punya CilokBob KP
2018Baik Punya Consert 4D

Televisyen

TahunTajukPerananSaluran TV
2004Akademi Fantasia (musim 2)Juri jemputanAstro Ria
2012Maharaja Lawak Mega 2012JuriAstro Warna
2013Tunggu SekejapPengacaraTV3
Maharaja Lawak Mega 2013Artis jemputanAstro Warna
2015Juara ParodiJuri jemputan
2016Ceria PopstarJuriAstro Ceria
3 JuaraTV3
Joras & StarArtis jemputanAstro Warna
2017Rockanova 2017JuriAstro Prima
AF MegastarJuri jemputanAstro Ria
2018MeleTOPPengacara jemputan bersama Erra Fazira
2019Maharaja Lawak Mega 2019Juri jemputanAstro Warna
2019–2022Muzikal Lawak SuperstarJuri
2020Rumah No. 107Artis jemputan
Gegar Vaganza (musim 7)Juri jemputanAstro Ria
2021Sumbang SuaraJuriTV3
Havoc Nak RayaArtis Jemputan
AlamakAwesome TV
2022Mic ON! (Musim 2)Juri
2023The Chosen OneAstro Ceria

Anugerah dan pencalonan

Anugerah Juara Lagu

AJL 1995: Pencalonan lagu Di Bayang Awan

AJL 1997: Pencalonan lagu Senja Nan Merah (duet bersama Ziana Zain)

Anugerah Bintang Popular Berita Harian
TahunKategoriKeputusan
1994Pelakon Lelaki Terbaik (Filem)Menang
1995Pelakon Lelaki Terbaik (Filem)Menang
Penghibur TV Lelaki PopularMenang
1996Pelakon Lelaki Terbaik (Filem)Menang
Penyanyi Lelaki PopularMenang
1997/1998Penyanyi Lelaki PopularMenang
2000Penyanyi Lelaki PopularTercalon
2018Pelakon Filem Lelaki PopularTercalon
2023Aktor Filem PopularTercalon

Anugerah Media Hiburan

AMH 1996: (Menang) - Kategori Personaliti Lelaki Seksi

AMH 1998: (Menang)- Artis Seksi Sensasi Lelaki

AMH 1998: (Menang) - Hero & Heroin Sensasi

bersama Erra Fazira

Anugerah Industri Muzik

AIM 1996: (Menang) - Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Lelaki) (album Awie Live Unplugged)

AIM 1997: Pencalonan - Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki) (album O-tak)

AIM 2006: Menang - Album Pop Rock Terbaik (album Santai)

Anugerah Era

Anugerah Era 2001: (Pencalonan) kategori Vokal Lelaki Pilihan, Lagu Rock Pilihan (Baldu Biru - duet bersama Ella)

Anugerah Era 2006: (Pencalonan) kategori Lagu Rock Pilihan

Anugerah Planet Muzik

APM 2001: (Pencalonan) kategori Artis Lelaki Serantau Paling Popular.

APM 2007: (Pencalonan) kategori Artis Lelaki Paling Popular

BOH Cameronian Arts Awards
8th BOH Cameronian Arts Awards 2009:

Best Performance in a Leading Role - Awie  for Cuci, the Musical; written by Douglas Lim, Harith Iskander & Hans Isaac, musical direction by Rudi Muhamad, directed by Dato’ Zahim Albakri & Harith Iskander, presented by Tall Order Productions Sdn Bhd

9th BOH Cameronian Arts Awards 2012:

Best Performance in a Leading Role - Awie for Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal, written by Harith Iskander Musa, co-written by Kuah Jenhan, musical direction by Michael Veerapen, directed by Harith Iskander Musa and Hans Isaac, presented by Institute Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) and Tall Order Productions

Darjah Kebesaran

Darjah Indera Mahkota Pahang membawa gelaran 'Dato'

Penghargaan

Penghargaan Malaysia

  •  Pahang :
    • Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) – Dato' (2017)

Pada 6 Januari 2017, Awie telah dikurniakan Darjah Dato' Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Dato' oleh Sultan Ahmad Shah.[26][27][28][29][30]

Catatan

Rujukan

Pautan luar