Agensi Angkasa Eropah
Agensi Angkasa Eropah (bahasa Inggeris: European Space Agency atau ESA), ditubuhkan pada tahun 1975. Ia merupakan satu pertubuhan antara-kerajaan yang didedikasikan kepada penjelajahan angkasa, dan kini mempunyai 18 buah negara anggota. Ibupejabat ESA adalah di Paris dengan kakitangan seramai hampir 2,000 orang dengan belanjawan tahunan kira-kira €3.6 bilion pada tahun 2009[2].
Maklumat agensi | |
---|---|
Singkatan | ESA |
Ditubuhkan pada | 1975 |
Jenis | Agensi angkasa |
Ibu pejabat | Paris, Perancis |
Bahasa rasmi | Inggeris, Perancis dan Jerman[1] |
Pentadbir | Johann-Dietrich Wörner |
Tapak pelancaran utama | Pusat Angkasa Guiana |
Pemilik | |
Bajet tahunan | ▲ €3,591 bilion / $5,030 bilion(2009) [1] |
Laman sesawang | www.esa.int |
Tapak pelancaran utama ESA adalah di Pusat Angkasa Guiana, Kourou, Guiana Perancis. Lokasinya yang berada hampir dengan khatulistiwa menjadikannya stesen orbit penting yang mudah diakses dari segi komersialnya. ESA menjadi peneraju pasaran bagi pelancaran komersial angkasa pada tahun 1990-an. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, agensi ini juga meletakkan diri mereka sebagai salah satu pemain utama di dalam penjelajahan angkasa.
Misi-misi sains ESA berpangkalan di ESTEC, Noordwijk, Belanda; misi-misi balai cerap Bumi di ESRIN, Frascati, Itali; Kawalan Misi ESA (ESOC) di Darmstadt, Jerman; Pusat Angkasawan Eropah (EAC) yang melatih para angkasawan untuk misi-misi masa depan terletak di Cologne, Jerman dan Pusat Astronomi Angkasa Eropah untuk sains angkasa ESAC terletak di Villanueva de la Cañada, berdekatan dengan Madrid di Sepanyol.
Rujukan
Bacaan lanjut
Pautan luar
- ESA Portal – official website
- European Space Agency Diarkibkan 2006-06-29 di Wayback Machine – Encarta entry
- A European strategy for space Diarkibkan 2010-03-16 di Wayback Machine – Europa
- European Space Agency – The Space Fellowship esa news category
- ESA's official YouTube page
- Space Ireland Diarkibkan 2009-07-07 di Wayback Machine - Irish space activities
- MIRAVI - Envisat - Meris Image Rapid Visualization - ESA Satellite Images Diarkibkan 2008-06-18 di Wayback Machine
- Earth Snapshot - Web Portal dedicated to Earth Observation. Includes commented satellite images, information on storms, hurricanes, fires and meteorological phenomena.
- SRRS Diarkibkan 2009-02-24 di Wayback Machine - Satellite Rapid Response System. Like MIRAVI but including also ASAR, MERIS Full and Reduced Resolution and ALOS AVNIR2 images.
2°18′15″E / 48.8482°N 2.3042°E