Abon (pelawak)

Pelawak dan pelakon Malaysia

Shahrizan bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Abon (lahir 8 Ogos 1960) merupakan seorang pelawak dan pelakon Malaysia. Beliau ialah antara seorang pelawak paling malar hijau (retro) di Malaysia. Mula berlawak sejak 1990 hingga kini beliau masih lagi laris muncul dalam banyak produksi terutama filem dan drama tempatan. Abon juga sangat digemari apabila sering muncul sebagai penghibur stand-up di majlis-majlis anugerah dan konsert hiburan. Beliau sering memainkan watak lelaki Jawa dalam persembahannya.

Abon
Kelahiran
Shahrizan bin Ahmad

(1960-08-08) 8 Ogos 1960 (umur 63)
PekerjaanPelawak, pelakon
Tahun aktif1990–kini
Terkenal keranakumpulan Osbon di Maharaja Lawak Mega

Beliau dan Mr. Os membentuk kumpulan Osbon telah menjuarai pertandingan Maharaja Lawak Mega pada 30 Disember 2011.

Ikon

Kemunculan beliau dalam video muzik lagu 'Terhangat Di Pasaran' arahan Yusry Abdul Halim pada tahun 2005 membuatkan beliau kembali popular dan sering dirujuk menerusi gaya lucunya dalam video muzik persembahan kumpulan KRU bersama Adam AF2 itu.

Johan Maharaja Lawak Mega

Kumpulan Osbon (Mohd Yusof Abdul Hamid, 50 tahun, dan Sharizan Ahmad , 51 tahun) memikat orang ramai dan juri dan berkesudahan menjuarai pertandingan Maharaja Lawak Mega pada 30 Disember 2011 di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor . Maharaja Lawak Mega disiarkan secara langsung setiap Jumaat, pukul 10 malam menerusi saluran Astro Warna (Saluran 132) dari Royal Theater Selangor. Siaran ini berlangsung dari 30 Oktober 2011 hingga 30 Disember 2011. Mereka dikehendaki membuat dua persembahan bertemakan konsep bebas dan komedi muzikal.

Osbon memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro. Pesaing sengit mereka , Boboi gandingan (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik) menerima hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi . Ketiga ialah kumpulan Saehu daripada Indonesia membawa hadiah wang tunai RM150,000 dan sebuah trofi. Keempat ialah kumpulan Syok yang dianggotai oleh Ifa Raziah, Suhaimi Yusof dan Mohd Arif Shamsudin. Mereka mendapat wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.

Juri tetap ialah Datuk Redzuawan Ismail (Chef Wan), penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan bekas pemain bola sepak negara Zainal Abidin Hassan. AC Mizal menjadi pengacara tetap.[1][2]

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
1990Riang TiranaFilem pertama
1998PanasSahar
2001No ProblemWak Jono
2006Cicak-ManPengawal Keselamatan 1Penampilan kameo
2007Cinta Yang SatuWak
Budak LapokWak MustardjoSuara
2009Momok The MovieKadir
2011Toyol NakalTuan Haji Ali
2012ChantekPenerbit
Baik Giler!!Ayah Afiq
2013Oh Mak KauPak Maun
TokakMamat
2018Awang GerudiPak Mahmud

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
1997Kisah Benar (Musim 14)ImranTV3Episod: "Lencongan"
1998Kisah Benar (Musim 16)RazakEpisod: "Azam Baru"
2010-2011Gerak Khas (Musim 13)Jiman JawaTV2Pelakon undangan
2021Ramadan Pertama EdiYayanAstro Ria

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TV
1995Amer AmeraTV3
2003MomokKadirVCD
Aisah Lima Puluh SenWah RemyAstro Ria
2012Misteri Parit SontoWak SemailAstro Warna

Peserta

TahunTajukKumpulan
2011Maharaja Lawak Mega 2011Osbon
2012Maharaja Lawak Mega 2012Sabon

Anugerah dan pencalonan

  • (Pencalonan) - Artis Komedi Lelaki Popular (ABPBH) 1998/99.

Rujukan

Pautan luar