Abad ke-13 SM

abad

Abad ke-13 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 1300 SM hingga 31 Disember 1201 SM dalam kalendar Gregory.

Milenium:milenium ke-2 SM
Abad:
Garis masa:
Ketua negara:
  • abad ke-14 SM
  • abad ke-13 SM
  • abad ke-12 SM
Dekad:
  • 129-an SM
  • 128-an SM
  • 127-an SM
  • 126-an SM
  • 125-an SM
  • 124-an SM
  • 123-an SM
  • 122-an SM
  • 121-an SM
  • 120-an SM
Kategori:Kelahiran – Kematian
Penubuhan – Pembubaran



Peristiwa

Bekas wain upacara amal gangsa dari Dinasti Shang yang bertakrih pada abad ke-13 SM kini disimpan di Galeri Arthur M. Sackler yang terletak di Institusi Smithson.
  • 1295 SM - Keakhiran Dinasti Kelapan Belas Mesir, dan permulaan Dinasti Kesembilan Belas.
  • 1278 SM, 15 Disember - Kemangkatan Seti I, Firaun Mesir.
  • 1279 SM, 31 Mei - Ramesses II menjadi Firaun Mesir.
  • 1290-an SM - Pemusnahan Troy VIIa. Peristiwa ini merupakan calon yang paling mungkin untuk peristiwa sejarah yang mendasari Perang Trojan dongeng.
  • 1285 SM - Perang Kadesh: Ramesses II hampir ditewaskan oleh tentera Hittite.
  • 1282 SM - Pandion II, raja dongeng Athens, mangkat selepas pemerintahan pada nama sahaja selama 25 tahun. Baginda dilaporkan hanya memerintah Megara, manakala Athens dan kawasan-kawasan Attica yang lain dikuasai oleh perikatan golongan bangsawan yang diketuai oleh bapa saudaranya, Metion (anak lelaki Erechtheus dari Athens), dan anak-anak lelakinya (termasuk Daedalus, menurut sesetengah huraian). Keempat-empat anak lelakinya mengetuai sebuah kempen ketenteraan yang berjaya mendapatkan semula takhta. Aegeus menjadi raja Athens, Nisos memerintah di Megara, Lykos di Euboea, dan Pallas di Attica selatan.
  • 1279 SM, 31 Mei - Ramesses II menjadi ketua Mesir Kuno.
  • 1278 SM - Seti I mangkat setahun selepas anak lelakinya, Ramesses II, dimahkotai.
  • 1274 SM, Julai - Perang Kadesh di Syria.
  • 1274 SM - Perjanjian perdamaian terawal yang diketahui dimeterai pada akhir Perang Kadesh.
  • 1269 SM - Ramses II, raja Mesir Kuno, dan Hattusilis III, raja masyarakat Hittite, memeterai perjanjian perdamaian terawal yang diketahui.
  • 1251 SM, 7 September - Gerhana suria pada tarikh ini mungkin menandakan kelahiran Heracles dongeng di Thebes, Greece.
  • 1250 SM - Wu Ding, maharaja Dinasti Shang memerintah sehingga tahun 1192 SM.
  • 1230-an SM - Aegeus, raja dongeng Athens, menerima sebuah perutusan palsu yang mengatakan bahawa Theseus, pewaris yang telah dilantiknya serta anak lelakinya yang dilahirkan oleh Aethra dari Troezena, telah meninggal dunia. Theseus telah dihantar ke Dipertuan Minos dari Crete untuk persembahan kepada dewa Minotaur. Medus, anak lelaki Aegeus yang lain (yang dilahirkan oleh Medea dari Colchis) antara hanya dua orang puteranya, telah dibuang ke Asia dan kemudian menjadi leluhur dongeng kepada orang-orang Medes. Mempercayai bahawa baginda tidak lagi mempunyai sebarang pewaris, Aegeus membunuh diri selepas pemerintahan selama 48 tahun, dan diwarisi oleh Theseus yang sebenarnya masih hidup. Sebagai penghormatan, Laut Aegea dilaporkan dinamai sempena namanya.
  • 1221 SM - Firaun Merneptah menewaskan serangan Libya.
  • 1213 SM atau 1204 SM - Theseus, raja dongeng Athens, digulingkan selepas pemerintahan selama 30 tahun dan diwarisi oleh Menestheus, cicit lelaki Erichthonius II dari Athens serta dua pupu kepada bapa Theseus, Aegeus. Menestheus dilaporkan dibantu oleh Castor dan Polydeuces dari Sparta yang hendak menuntut kembali Helen, saudari kandungnya, daripada suami pertama, Theseus. Theseus mencari perlindungan di Skyros yang rajanya, Raja Lycomedes, merupakan seorang kawan lama serta sekutunya. Bagaimanapun, Lycomedes menganggap tetamunya sebagai suatu ancaman terhadap takhtanya dan membunuh Theseus. (Huraian-huraian lain menetapkan peristiwa-peristiwa ini pada sedekad lebih awal. Sila lihat 1210-an SM).
  • 1212 SM - Kemangkatan Ramesses Agung, Firaun Mesir.
  • k.k. 1200 SM - Orang-orang Cimmerian memulakan penempatan di steppe Rusia selatan (tekaan tanpa sebarang sokongan dokumen).
  • 1200 SM - Peradaban Pueblo Kuno di Amerika Utara (tarikh anggaran).
  • 1200 SM - Kejatuhan kuasa Hittite di Anatolia, dengan kemusnahan Hattusa, ibu kotanya.

Tokoh-tokoh


1300-an SM1309 SM1308 SM1307 SM1306 SM1305 SM1304 SM1303 SM1302 SM1301 SM1300 SM
1290-an SM1299 SM1298 SM1297 SM1296 SM1295 SM1294 SM1293 SM1292 SM1291 SM1290 SM
1280-an SM1289 SM1288 SM1287 SM1286 SM1285 SM1284 SM1283 SM1282 SM1281 SM1280 SM
1270-an SM1279 SM1278 SM1277 SM1276 SM1275 SM1274 SM1273 SM1272 SM1271 SM1270 SM
1260-an SM1269 SM1268 SM1267 SM1266 SM1265 SM1264 SM1263 SM1262 SM1261 SM1260 SM
1250-an SM1259 SM1258 SM1257 SM1256 SM1255 SM1254 SM1253 SM1252 SM1251 SM1250 SM
1240-an SM1249 SM1248 SM1247 SM1246 SM1245 SM1244 SM1243 SM1242 SM1241 SM1240 SM
1230-an SM1239 SM1238 SM1237 SM1236 SM1235 SM1234 SM1233 SM1232 SM1231 SM1230 SM
1220-an SM1229 SM1228 SM1227 SM1226 SM1225 SM1224 SM1223 SM1222 SM1221 SM1220 SM
1210-an SM1219 SM1218 SM1217 SM1216 SM1215 SM1214 SM1213 SM1212 SM1211 SM1210 SM
1200-an SM1209 SM1208 SM1207 SM1206 SM1205 SM1204 SM1203 SM1202 SM1201 SM1200 SM
1190-an SM1199 SM1198 SM1197 SM1196 SM1195 SM1194 SM1193 SM1192 SM1191 SM1190 SM