A Song of Ice and Fire

A Song of Ice and Fire ialah siri novel fantasi epik yang ditulis oleh novelis dan penulis skrip Amerika Syarikat, George R. R. Martin. Ia mengandungi jilid pertama siri ini yang berjudul A Game of Thrones pada tahun 1991 dan menerbitkannya tahun 1996. Pada awalnya Martin mereka trilogi, beliau akhirnya memutuskan menerbitkan tujuh jilid. Jilid kelima, A Dance with Dragons, ditulis selama lima tahun dan diterbitkan tahun 2011. Beliau masih menulis jilid keenam, The Winds of Winter.

A Song of Ice and Fire
  • A Game of Thrones (1996)
  • A Clash of Kings (1998)
  • A Storm of Swords (2000)
  • A Feast for Crows (2005)
  • A Dance with Dragons (2011)
  • The Winds of Winter (rencana)
  • A Dream of Spring (rencana)

PengkaryaGeorge R. R. Martin
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris
GenreFantasi epik[1]
Penerbit
  • Bantam Books (Amerika Syarikat, Kanada)
  • Voyager Books (United Kingdom, Australia)
Tahun terbitOgos 1996–kini
Jenis mediaCetakan
Buku suara

A Song of Ice and Fire berlatar di benua fiksyen bernama Westeros dan Essos. Sudut pandang setiap bab dihadkan dari sembilan orang di novel pertama menjadi 31 orang di novel kelima. Tiga plot utamanya menceritakan perang dinasti antara beberapa keluarga yang ingin menguasai Westeros, meningkatnya ancaman bangsa ghaib di bahagian utara Westeros, dan cita-cita Daenerys Targaryen, puteri raja yang tersisih, untuk merebut Takhta Besi.

Pengkaryaan Martin terhadap siri ini banyak diinspirasikan oleh Perang Bunga Mawar dan siri novel sejarah Perancis Les Rois maudits karya Maurice Druon.[2][3] A Song of Ice and Fire menerkma pujian atas gambaran terhadap wanita dan agama serta realismenya. Pembaca dibawa dengan pelbagai sudut pandang yang berasingan dan subjektif. Kejayaan atau keselamatan tokoh tidak pernah pasti. Persoalan kesetiaan, kebanggaan, seksualiti manusia, ketaatan, dan moraliti kekerasan sering diangkat dalam dunia A Song of Ice and Fire.

Setakat April 2015, 60 juta cetakan telah terjual di seluruh dunia.[4] Pada Januari 2017, siri novel ini telah diterjemahkan ke dalam 47 bahasa.[5][6] Jilid keempat dan kelima menaiki The New York Times Best Seller List sebaik sahaja diterbitkan.[7] Karya turunannya termasuk beberapa novela prekuel, siri TV, komik, dan beberapa permainan kad, papan, dan video.

Sejarah terbitan

#TajukHalamanBabKataAudioAmerika Syarikat
1A Game of Thrones694[8]73292.727[9]33j 53mOgos 1996[8]
2A Clash of Kings768[10]70318.903[11]37j 17mFebruari 1999[10]
3A Storm of Swords973[12]82414.604[13]47j 37mNovember 2000[12]
4A Feast for Crows753[14]46295.032[15]31j 10mNovember 2005[14]
5A Dance with Dragons1040[16]73414.788[17]48j 56mJulai 2011[16]
6The Winds of WinterAkan datang[18]
7A Dream of SpringAkan datang[19]
Jumlah4.4513441.736.054198j 53m

Rujukan

Pautan luar