AREX

Ekspres Kereta Api Lapangan Terbang, Kereta Api Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon atau lebih dikenali sebagai AREX (dieja A'REX sebagai nama jenama) ialah laluan kereta api penghubung dan komuter yang menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon dan Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo dengan stesen Seoul. Bahagian penghubung di antara dua lapangan terbang itu dibuka pada 23 Mac 2007 sebelum laluan lanjutan ke stesen Seoul dibuka pada 29 Disember 2010. Perkhidmatan kereta api laju Ekspres Kereta Api Korea (KTX) mula menggunakan laluan ini pada 30 Jun 2014.

Ekspres Kereta Api Lapangan Terbang
ايكسڤريس كريتا اڤي لاڤڠن تربڠ
Logo laluan A'REX
Kereta api AREX EMU2000Kereta api AREX EMU1000
Kapsyen imej 1: A'REX EMU2000
Kapsyen imej 2: AREX EMU1000
Umum
Nama lainA'REX
Nama asal인천국제공항철도
仁川國際空港鐵道
Incheongukjegonghang-cheoldo
JenisKomuter, kereta api lapangan terbang
SistemKereta Api Kawasan Ibu Negara
StatusBeroperasi
TerminalSeoul
Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon
Stesen12 (2 lagi belum beroperasi)
Operasi
Dibuka23 Mac 2007
PemilikPemerintah Republik Korea
PengendaliPerbadanan Kereta Api Lapangan Terbang, KTX
Teknikal
Panjang aliran58 km (36 bt)
Bilangan landasan2
Tolok landasan1,435 mm (4 kaki 8 1⁄2 in)
Pengelektrikan25 kV/60 Hz AC katenari
Kelajuan operasi110 km/j (68 mph)
PengisyaratanATC/ATO
Kereta Api Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon
Hangul인천국제공항철도
Hanja仁川國際空港鐵道
Perumian SemakanIncheon Gonghang Cheoldo
McCune–ReischauerInchŏn gonghang chŏldo

Asal-usul nama

Dalam bahasa Korea, perkhidmatan kereta api ini dikenali sebagai '인천국제공항철도' (仁川國際空港鐵道; Incheon-gugjegonghang cheoldo) yang bermaksud "Kereta Api Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon". Dalam bahasa Inggeris, ia dikenali sebagai Airport Railroad Express (yang mana ia membawa singkatan A'REX). Sebelum ini, ia dikenali sebagai Incheon Airport Railroad Express ("Ekspres Kereta Api Lapangan Terbang Incheon") atau IREX semasa diumumkan pada 1998. Nama tersebut ditukar kepada AREX pada Jun 2006 manakala dalam bahasa Korea, nama khidmat ini masih dikekalkan sejak awal lagi.

Stesen

Stesen-stesen di dalam laluan Ekspres Kereta Api Lapangan Terbang ini berada di kawasan bandaraya Seoul dan Incheon. Perkhidmatan komuter berhenti di kesemua stesen. Stesen yang mempunyai tanda "◉" menunjukkan bahawa kereta api akan berhenti di situ, manakala untuk tanda "↕" ini pula menunjukkan khidmat kereta api tidak akan berhenti di sini.

Laluan penghubung lapangan terbang

#Nama stesenCorak hentianPertukaranJarak (km)Lokasi
Komuter
일반
Ekspres
직통
KTXStesenLaluan
Bahasa MelayuBahasa Korea
A01Seoul서울
서울
  •      Laluan Gyeongui–Jungang
  • HSR Gyeongbu
  • Laluan Gyeongjeon
  • Laluan Gyeongbu
-0.0Daerah YongsanSeoul
A02Gongdeok공덕
孔德
Ke stesen Seoul melalui laluan Gyeongui
  •      Laluan Gyeongui–Jungang
3.33.3Daerah Mapo
A03Universiti Hongik홍대입구
弘大入口
  •      Laluan Gyeongui–Jungang
2.86.1
A04Digital Media City디지털미디어시티
디지털미디어시티
  •      Laluan Gyeongui–Jungang
3.49.5Daerah Eunpyeong
A041Magongnaru (belum dibuka)마곡나루
麻谷나루
  • (stesen pertukaran belum dibuka)
8.618.1Daerah Gangseo
A05Lapangan Terbang Gimpo김포공항
金浦空港
  • Laluan Daegok–Sosa (2021)
2.320.4
A06Gyeyang계양
桂陽
  •      Laluan 1 Incheon
6.627.0Daerah GyeyangIncheon
A07Geomam검암
黔岩
  •      Laluan 2 Incheon
5.532.5Daerah Seo
A071Bandaraya Antarabangsa Cheongna청라국제도시
靑羅國際都市
4.837.3
A072Yeongjong영종
永宗)
10.347.6Daerah Jung
A08Unseo운서
雲西
3.551.1
A09Terminal Kargo Lapangan Terbang공항화물청사
空港貨物廳舍
4.355.4
A10Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon인천공항1터미널
仁川空港1터미널
  •      Laluan Maglev
2.658.0
A11Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon (akan datang)인천공항2터미널
仁川空港2터미널
5.863.8

Laluan depoh Yongyu

#StesenCorak hentianPertukaranJarak (km)Lokasi
NamaKomuter
일반
Ekspres
직통
KTXStesenLaluan
Bahasa MelayuBahasa Korea
A10Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon인천공항1터미널
仁川空港1터미널
 Maglev -0.0Daerah JungIncheon
Yongyu용유차량기지
龍遊車輛基地
2.62.6

Pautan luar