98
Tahun
- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 98. Bagi kegunaan lain, sila lihat 98 (nombor).
98 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Isnin dalam kalendar Gregory.
Milenium: | milenium pertama |
---|---|
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: |
Peristiwa
Mengikut tempat
Empayar Rom
- 27 Januari - Nerva diwarisi oleh Trajan.
- Trajan ialah Maharaja Rom pertama yang dilahirkan di dalam sebuah provinsi Rom (Italica, dekat Seville). Seorang askar dan pentadbir yang bijak, beliau masuk Rom tanpa sebarang istiadat dan menawan hati orang ramai. Meneruskan dasar-dasar Augustus, Vespasian, dan Nerva, beliau mengembalikan Senat kepada status penuhnya dalam kerajaan. Beliau mempunyai visi tertentu untuk Empayar, dan menjaga kewangan dengan berhati-hati. Tanpa sebarang kenaikan, cukainya cukup membayar kos pentadbiran semasa pemerintahannya.
- Pemberi-pemberi maklumat yang menyokong kezaliman Domitian diusir dari Rom.
- Supaya dapat mengekalkan Pelabuhan Alexandria, Trajan membuka semula terusan antara Sungai Nil dan Laut Merah.
- Melaksanakan sebuah idea Nerva, Trajan memulakan sejenis bentuk kebajikan yang bertujuan untuk memastikan bahawa kanak-kanak miskin dapat makan dan dijaga.
Mengikut topik
Seni dan Sains
- Tacitus siap menulis bukunya, Germania (tarikh anggaran).
Kelahiran
Kematian
- 27 Januari: Nerva, maharaja Rom
- Apollonius dari Tyana, ahli falsafah dan matematik Yunani/Rom (lahir 2)
🔥 Top keywords: Hari Raya AidiladhaLaman UtamaDua Darjat (drama)The Hardest Singing ShowKhilaf Yang TertulisKhas:CariJamrahAbang AdikIbadah korbanCinta Untuk Sekali LagiTempoh haram puasaHari TasyrikKhas:Perubahan terkiniDharma Harun Al RashidAniq DurarZim Zim Ala KazimNabi Ismail a.s.Bunga SaljuUEFA Euro 2024Aku Bukan UstazahMuhammad Yassin MohammadSolat sunat hari rayaNabi Ibrahim a.s.Erysha EmyraWukufWanita Milik Tuan Putra6 JahanamProjek: Anchor SPMAgak LaenOzlynn WatyAnak Perjanjian Syaitan 2Senarai peribahasa (A–M)Nabi Muhammad SAWInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSolatNafarAzahari HusinRiena DianaHaji