Sebahagian daripada siri berkaitan |
Ahli Sunah Waljamaah |
---|
![]() |
Cabang teologi |
Pandangan tasawuf
|
Kitab As-Sunan as-Sughra (Arab: السنن الصغرىcode: ar is deprecated ), juga dikenali sebagai Sunan al-Nasa'i (سنن النسائيcode: ar is deprecated ) atau Al-Mujtaba (المجتبىcode: ar is deprecated ) ialah salah satu dari Al-Kutub al-Sittah (enam kitab hadis utama) orang Islam Ahli Sunah Waljamaah, dan telah dikumpul oleh Imam al-Nasa'i. Ahli Sunah menganggap kitab ini sebagai ketiga paling kuat dalam enam kitab hadis utama mereka.[1]
Kitab al-Sunan al-Sughra ini mempunyai sekitar 5270 hadis (mengira Mukarrar, iaitu, riwayat berulang) yang dipilih al-Nasa'i dari karya utamanya al-Sunan al-Kubra. Bagaimanapun, kitab pertamanya ini turut memasukkan hadis Hasan di samping hadis Sahih.[2]