Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Tulisan Jawi: كمنترين ڤمباڠونن اوسهاوان دان كوڤيراسي) merupakan suatu kementerian di bawah kerajaan Malaysia. Menteri yang terkini Tunku Syer Putra Abdul Razak Mu'azam Shah Alhaj
Sejarah MECD bermula dengan penubuhan Kementerian Penyelarasan Perbadanan Awam (KPPA) pada tahun 1974 yang kemudiannya ditukarkan kepada Kementerian Perusahaan Awam (KPA) pada tahun 1976. KPA bertanggungjawab untuk mengawas dan menyelaras agensi-agensi perusahaan awam seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN).
Penubuhan Kementerian Pembangunan Usahawan pada 8 Mei 1995 bagi menggantikan KPA bertujuan untuk memberi tumpuan dan penekanan khusus terhadap pembangunan usahawan Bumiputera untuk mempercepatkan pencapaian matlamat pewujudan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB). Penyusunan semula kementerian sebagaimana pada 27 Mac 2004 memperlihatkan Kementerian Pembangunan Usahawan telah diberi nama baru iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dengan tambahan tanggungjawab terhadap Jabatan Pembangunan Koperasi, Maktab Kerjasama Malaysia dan Bank Kerjasama Rakyat Berhad.
Selepas Mohd Najib bin Abdul Razak menjadi Perdana Menteri pada 2009, kementerian ini menjadi antara yang dihapuskan. Peranannya dibahagi-bahagikan dan diserap oleh kementerian lain.
Peranan MECD bersama jabatan dan agensinya adalah penting untuk memperluas dan mempercepatkan penglibatan Bumiputera dalam arus utama kegiatan ekonomi negara dan seterusnya membantu mencapai sasaran pemilikan 30 peratus ekuiti Bumiputera pada tahun 2020. MECD dan agensi-agensi di bawahnya berperanan untuk merancang, menyelaras, melaksana dan memantau program-program pembangunan usahawan yang merangkumi aktiviti-aktiviti seperti di bawah
Menggubal dasar serta merangka strategi dan program pembangunan usahawan;
Melaksana, menyelaras dan memantau program-program pembangunan keusahawanan di peringkat Persekutuan dan Negeri;
Mengenalpasti dan membangunkan peluang-peluang perniagaan yang berpotensi untuk disertai oleh usahawan;
Memudahcara, membimbing serta memberi khidmat nasihat kepada usahawan dan bakal usahawan;
Mewujudkan kerjasama dan jaringan strategik dengan agensi-agensi kerajaan, institusi penyelidikan serta pihak swasta meliputi bidang R&D, kualiti, piawaian, pengurusan, pemindahan teknologi dan pemasaran untuk membangunkan usahawan;
Membantu pembangunan usahawan dalaman (intrapreneurship) oleh agensi-agensi di bawah MECD;
Mengkaji semula peranan dan keberkesanan gerakan koperasi sebagai salah satu strategi pembangunan usahawan serta penjana pembangunan ekonomi negara; dan
Merangka cadangan penubuhan SKM bagi memastikan kedudukan kewangan dan sistem operasi koperasi adalah kukuh dan selamat, memastiakan kestabilan sektor koperasi serta menggalakkan pembangunan sektor koperasi yang terancang, telus dan mapan.
MECD melaksanakan empat strategi utama untuk mewujud dan menambah bilangan usahawan Bumiputera dalam pelbagai bidang khususnya Usahawan Menengah Bumiputera (UMB) yang berdaya saing dan berdaya maju melalui program MPPB.MECD juga berusaha mewujud persekitaran yang kondusif bagi memastikan Bumiputera mampu menghadapi cabaran dalam era globalisasi. Pelaksanaan program-program pembangunan usahawan meliputi strategi-strategi seperti berikut:
Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggalakkan penglibatan Bumiputera sebagai usahawan dan seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Akviti-aktiviti meliputi program pembudayaan dan latihan keusahawanan, mengenalpasti dan mewujudkan peluang-peluang perniagaan baru, penyediaan kemudahan pembiayaan, pemasaran produk dan perkhidmatan IKS serta penyediaan premis perniagaan yang strategik bagi menambahkan bilangan usahawan Bumiputera berdaya maju, berdaya tahan dan berdaya saing
Pembentukan dan pemantapan usahawan berdaya maju dan berdaya saingsunting sumber
Tumpuan kepada R&D, produk dan perkhidmatan serta membangunkan usahawan Bumiputera dalam bidang ICT dan teknologi tinggi selaras dengan peralihan K-ekonomi;
Program pembudayaan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat bertujuan melahirkan usahawan berdaya maju serta mewujudkan program dasar tamat penyertaan bagi mengurangkan usahawan Bumiputera bergantung kepada bantuan kerajaan bagi menghadapi persaingan dan cabaran perdagangan global; dan
Meningkatkan bilangan GMB melalui program-program pembangunan keusahawanan MECD. Peranan PNS turut diperkukuhkan dalam pembangunan GMB khususnya dalam pembangunan francais.
Membangunkan sumber manusia melalui pendidikan, latihan kemahiran serta pembudayaan ke arah menjadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya serta mewujudkan UMB;
Melahirkan golongan profesional dan pakar dalam bidang-bidang strategik seperti guaman, perubatan, kejuruteraan, bioteknologi, ICT dan sebagainya. Program latihan yang memberi penekanan kepada aktiviti-aktiviti R & D dilaksanakan bertujuan untuk mewujudkan lebih ramai usahawan, profesional, tenaga mahir dan “k-based workers” Bumiputera bagi memenuhi keperluan negara khususnya dalam sektor perindustrian berasaskan teknologi tinggi.
Membangun kawasan perindustrian, pusat perdagangan dan komersil baru serta pembangunan semula Bandar secara lebih terancang bagi menyediakan peluang dan ruang perniagaan dalam usaha menggalakkan pembangunan di kawasan baru dan strategik.
Menyedari potensi sektor koperasi sebagai pemangkin selaras dengan sektor awam dan swasta dalam menjana ekonomi negara, beberapa strategi telah dilaksanakan ke arah memperkemaskan pengurusan koperasi yang lebih cekap dan berkesan serta mempelbagaikan aktiviti dalam bidang keusahawanan seperti berikut:
Memperkasakan sektor koperasi melalui penggemblengan aset, modal saham serta jaringan anggota supaya terlibat dalam aktiviti-aktiviti komersil dan perindustrian yang menjana pertumbuhan ekonomi;
Mengenalpasti dan mengatasi kelemahan-kelemahan pengurusan dengan meningkatkan kecekapan pentadbiran dan pengurusan kewangan koperasi; dan
Memperkemaskan urusan pendaftaran dan pembatalan koperasi serta mutu pengawalseliaan tadbir urus dan aktiviti koperasi.
Mempertingkat peranan MKM dan Bank Rakyat dalam pembangunan usahawansunting sumber
Mengadakan kursus-kursus kemahiran dan pengurusan koperasi termasuk kursus bertaraf diploma dalam bidang koperasi;
Menjalankan penyelidikan dan memberi khidmat nasihat bertujuan penambahbaikan pentadbiran serta pengurusan koperasi;
Menyedia dan menyebarkan maklumat melalui media cetak dan elektronik mengenai koperasi; dan
Menyediakan khidmat perbankan, pembiayaan dan pelaburan khususnya kepada koperasi.
Menyediakan persekitaran yang kondusif untuk koperasi menjalankan aktiviti komersil ke arah meningkatkan pendapatan koperasi dan anggota serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara;
Mengenalpasti dan menggalakkan penglibatan koperasi dalam kegiatan perniagaan serta keusahawanan seperti francais, vendor, rangkaian pemasaran dan pembangunan hartanah; dan
Memantapkan kerjasama dan rangkaian di antara koperasi-koperasi dan badan-badan lain untuk mewujudkan gerakan koperasi yang lebih berdaya maju, berdaya tahan dan berdaya saing.