Dari pandangan India, Garuda merupakan nama Hindu bagi buruj Aquiladan "Brahminy kite" di anggap sebagai perwakilan kini bagi Garuda.[1]
Indonesia mengambil pendekatan lebih stylis bagi gambaran Garuda sebagai simbol kebangsaannya, di mana ia menggambarkan helang (lebih besar berbanding "Brahminy kite").[2] Ia juga dikenali ramai sebagai syarikat pengangkutan udara Indonesia, Garuda Indonesia. Garuda juga turut merujuk kepada Pasukan Bola Sepak Indonesia National dalam perlawanan antarabangsa, sebagai Pasukan Garuda. [3]
Vishnu dan Lakshmi menunggang Garuda - Lukisan di LACMA dari Rajasthan, Bundi, sekitar 1730Gambaran Garuda di Kuil Gunjanarsimhaswamy, T.Narsipur, Karnataka
Dalam agama Hindu, Garuda merupakan dewa kecil tunggangan (vahanam) dewa Vishnu. Garuda digambarkan sebagai memiliki tubuh keemasan dengan badan sasa lelaki bermuka putih, bersayap merah, berparuh lang dengan mahkota pada kepalanya. Dewa silam ini dikatakan besar, cukup besar untuk melindungi matahari.
Garuda diketahui sebagai musuh temurun kepada keturunan ular Nāga dan diketahui makan hanya ular, tabiat yang mungkin merujuk kepada "Short-toed Eagle" sebenar di India. Gambaran Garuda seringkali digunakan sebagai tangkal atau sihir bagi melindungi pemakainya daripada serangan ular dan racunnya, kerana raja burung merupakan musuh ketatnya dan "pemakan ular". Garudi Vidya merupakan jampi menentang racun ular bagi menghapuskan pelbagai jenis kejahantan.[4]