Darah sebagai makanan
- Rencana
- Perbincangan
Peralatan
Umum
Cetak/eksport
Dalam projek lain
Darah | |
---|---|
![]() Sosej darah | |
Jenis | Makanan, darah, offal ![]() |
Kawasan/rantau | Pelbagai |
Bahan utama | Darah haiwan |
Bahan yang biasa digunakan | Darah ![]() |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Banyak budaya di dunia menggunakan darah sebagai makanan, yang sering kali digabungkan dengan daging. Darah mungkin dalam bentuk sosej darah, ataupun sup darah.[1] Produk darah sebagai makanan diperolehi dari darah haiwan yang dimasukkan ke dalam sesuatu bekas/wadah dan dimasak ataupun diproses menjadi makanan. Beberapa budaya juga, darah adalah makanan pantang larang dan tidak layak untuk dimakan.
Darah adalah hasil sampingan yang paling penting dalam penyembelihan. Ianya terdiri terutama dari protein dan air, dan kadang-kadang disebut "daging cair" kerana kandungannya serupa dengan daging tanpa lemak. Darah yang dikumpulkan secara bersih dapat digunakan untuk penggunaan manusia, jika tidak, ia ditukar menjadi makanan berasaskan darah. Darah haiwan juga digunakan dalam perubatan manusia.[2]
Sebilangan budaya menganggap darah sebagai bentuk makanan yang tidak layak dimakan/diminum. Dalam agama Abrahamik, budaya Yahudi dan Muslim melarang pengambilan darah. Darah dan produk sampingannya dilarang dalam Islam, dalam Al-Quran, surah 5, al-Maʼidah, ayat 3. Dalam Perjanjian Baru, darah dilarang oleh Keputusan Apostolik (Acts 15:19–21Template:Bibleverse with invalid book) dan masih dilarang di kalangan Ortodoks Yunani.[3]
Di Indonesia, terutama suku Batak di Sumatera Utara, darah babi/khinzir digunakan sebagai ramuan dan sos yang dicampur dengan andaliman untuk masakan bernama sangsang/saksang.[4] Semasa pembunuhan besar-besaran di Indonesia pada tahun 1965-1966, anggota pasukan kematian tertentu meminum darah mangsa mereka kerana mereka percaya akan menghalang mereka daripada menjadi gila.[5]
Di kalangan orang Maasai, meminum darah dari lembu adalah sebahagian daripada makanan tradisional, terutama setelah majlis-majlis khas seperti sunat/berkhatan ritual atau kelahiran anak.[6]